Sabtu, 28 Mei 2011

Ucapan Obama mempertaruhkan Amerika

Hamas melalui keterangan dari pemimpinnya, Dr. Ismael Radwan menolak ucapan Presiden Amerika, Barack Obama, dekat Washington berkenaan keselamatan Zionis dan persepakatan Palestin memburukkan lagi keadaan untuk pembaikan, yang disebut Radwan sebagai, “terdesak disebalik fatamorgana Washington yang mahu mempertaruhkan pendirian rapuh Amerika, dan sebaliknya menguatkan lagi kesatuan Palestin.”


Radwan berkata dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Ahad (22 Mei) : “Ucapan Obama menyokong pertaruhan yang diletakkan ke atas pendirian dan politik Amerika, tetapi kami menolak kenyataan sebegini yang terbukti menggadaikan sepenuhnya hak dan kepentingan rakyat Palestin.”

Beliau menambah bahawa pentadbiran Obama berdiri di atas kekaburan dan sikap berat sebelah menyokong keamanan pihak Zionis dan mengabaikan hak rakyat Palestin, yang semakin jelas apabila Amerika gagal membincangkan tentang isu sempadan 67, mahupun penubuhan Negara Palestin. Apa yang mereka cuba lakukan sekarang adalah seperti menabur debu abu ke mata-mata kita.


sumber: Palestinkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails