Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 22 April 2016

Maulid Diba'i







Sedang berlansung Maulid Diba'i di Madrasah Almasriyah. Alhamdulillah majlis berkala 2 minggu sekali ini berlansung dengan jayanya. Majlis berlansung dengan alunan qasidah dari pelajar.

 Menghayati bait2 cinta dan rindu kepada Rasulullah saw. Setiap kali majlis berlansung, akan dihadiri penceramah jemputan dari para ulamak.

Alhamdulillah untuk malam ini, ceramah jemputan madrasah ialah Ustaz Rosli bin Samadi. Moga mengalir ruh jihadi dan tarbiah di jiwa anak anak generasi Alquran. InsyaAllah

Rabu, 16 Mac 2016

Minggu Sukan SMA Al Masriyah 2016







Alhamdulillah Hari Sukan Madrasah Al Masriyah telah pun melabuh tirai pada hari khamis baru baru ini. Walaupun diberi masa yang sangat padat, namun kerjasama dan keterlibatan di antara guru dan pelajar cukup memberi impak yang sangat memuaskan.

Hari sukan dalam tempoh satu minggu yang lepas terbahagi kepada sukan in door dan sukan out door, tidak dilupakan juga acara ilmiah di waktu tengahari dan malam. Pertandingan ilmiah muslimat yang memberansangkan ialah pertandingan forum. Setiap halaqah sukan bebas memilih tajuk yang di minati untuk dipertandingan. Antara tajuk pilihan ialah :-

-FACEBOOK VS CINTA
-IKHTILAT
-WANITA DAN KEPIMPINAN
-AURAT

InsyaAllah selepas naik cuti penggal 1 ,semua pelajar Taklim (akademik + arab ) dan Tahfiz akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

INFO : Madrasah Al Masriyah terletak di Simpang Renggam menghala ke Jalan Johor. Madrasah Al Masriyah terbahagi kepada dua aliran iaitu :-

Taklim : Tingkatan 1 sehingga 6
Tahfiz : Tahfiz dan Pra Tahfiz

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi  :
Mudir : 019-728 5832 ( Us.Azlisham )
Timbalan Mudir : 013-744 1220 ( Us. Nizam )

Admin : 013 3610769 (Ustazah Zhuliana)




Ahad, 7 Februari 2016

Jawatan kosong guru SMA Al-Masriyah


TENAGA PENGAJAR DIPERLUKAN SEGERA
DI SEK. MEN. AGAMA (ARAB) AL MASRIYAH SIMPANG RENGGAM

Kekosongan jawatan yang diperlukan seperti berikut : -
-Mampu mengajar Bidang Akademik atau
-Mampu mengajar Bidang Arab atau
-Mampu mengajar Bidang Arab dan Akademik
-Mempunyai syakhsiah/peribadi yang baik
-Terbuka kepada lelaki atau perempuan muslim

-Tempat tinggal dan makan/minum disediakan


JIKA BERMINAT UNTUK MENJADI SABAHAGIAN WARGA SMA AL-MASRIYAH, SILA HUBUNGI :

Ustaz Azlisham 019-728 5832 (Mudir)
Ustaz Nizam 013-744 1220 (Timbalan Mudir)









Rabu, 6 Januari 2016

BUKU BAHASA ARAB SPM






Rahsia mencapai A+ dalam Bahasa Arab SPM .
Dapatkan  buku ini yang padat dengan Nota serta Latihan Topikal.
Kandungan silibus yang dimuatkan ialah :-

- Hikam dan Amsal
-Mutholaah
- Insyak
- Nahu
- Sorf
- Balaghah

Tidak terlupa juga dimuatkan :-

-Analisa soalan SPM 2012-2015
- Contoh soalan kertas 1 dan 2

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :-
USTAZAH ZHULIANA , 013 3610769 (HP/WA)

Ahad, 3 Januari 2016

Ahlan wa sahlan anak didikku


Sesi persekolahan di Sekolah Menengah Agama Arab & Tahfiz Al Masriyah Simpang Renggam dimulakan dengan minggu taaruf/ orientasi pelajar.


Pelajar muslimin tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh muallimat SMA AL Masriyah


Pelajar muslimat tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh muallimat  SMA AL Masriyah


Nukilan : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wahai anakku,
Jauhilah semua dosa besar yang Allah melarang kamu melakukannya. Kerana dosa akan menghalang kamu memasuki syurga Allah.

Wahai anakku,
Aku tidak bimbang sedikitnya amalanmu, kerana itu adalah kedudukan dan martabatmu dalam Syurga. Tetapi dosa akan menghalang kamu memasuki Syurga Allah melainkan dengan rahmat dan pengampunanNya. Kerana itulah wahai anakku, Jauhilah dosa -dosa besar , nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil mu. Sebagaimana firman Allah,

ﺇِﻥْ ﺗَﺠْﺘَﻨِﺒُﻮﺍ ﻛَﺒَﺎﺋِﺮَ ﻣَﺎ ﺗُﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻨْﻪُ ﻧُﻜَﻔِّﺮْ ﻋَﻨْﻜُﻢْ ﺳَﻴِّﺌَﺎﺗِﻜُﻢْ ﻭَﻧُﺪْﺧِﻠْﻜُﻢْ ﻣُﺪْﺧَﻠًﺎ ﻛَﺮِﻳﻤًﺎ

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah An-Nisa :31).

Wahai anakku,
Andainya dosa itu diperlihatkan kepada kamu tentulah engkau terkejut kerana banyaknya dosa terkumpul yang tidak kamu sedari. Maka mohonlah sungguh-sungguh agar Allah mengampuni dosa-dosamu kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Senyum selalu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails