Sabtu, 31 Disember 2011

Video : Baru Kena Sikit Kata Najib.


DEDIKASI BUAT PEJUANG MAHASISWA

Matlamat kita adalah BEBASkan Mahasiswa!!!

Matlamat kita adalah BEBASkan Mahasiswa!!!

Gambar : Pasca Demo UPSI

Saudara Amar Rasyidi antara lain yang diperlaku seperti Safwan Anang. Beliau telah membuat laporan polis terhadap kekasaran yg dilakukan anggota yang bertugas semalam.
Jangan cabar Mahasiswa!!!!
Astaghfirullah. Sudahlah ditimpa musibah' Ada pihak yang tidak berperikemanusiaan memecah cermin tingkap kereta saudara safwan pula. Allah maha mengetahui. Pasti dibalas!!
Seorang lagi mahasiswa yang berdarah pada tahun baru ini. Saudara Amar Ismail dari Universiti Malaya. Lihat kesan darah kita pasti marah dengan kezaliman yang "diarah".
kita kutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan serta menuntut pembebasan segera keatas semua mahasiswa yang di tahan dan mesti bertanggungjawab ke atas mangsa kekejaman tersebut.

Pasca Sambutan Tahun Baru 2012

Di Shah Alam, Selangor, Tahun Baru disambut dengan laungan Asma' Al Husna dan bacaan doa. Tahniah Kerajaan Selangor! -- 70,000 yang hadir

Di I-CITY, Tahun Baru disambut dengan hiburan yang menkhayalkan. Takziah atas penganjuran! -- 5,000 yang hadir

Di UPSI, Tahun Baru disambut dengan DARAH, TUMBUKAN, PUKULAN terhadap MAHASISWA sehingga ada yang cedera parah diBELASAH FRU & POLIS, Sdr Muhammad Safwan Anang Talib kini parah di Hospital Slim River. NAZAK dah KERAJAAN MALAYSIA, POLIS,FRU!!! --2 Cedera, 17 dipenjara. 

Tahun Baru 2012 Tercemar

Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.

2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Khamis, 15 Disember 2011

Gali ilmu

Kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Adakah kita benar-benar BERMUJAHADAH

Fikir-fikirkan

Khamis, 1 Disember 2011

Ikhwan dahului 47% undi, PAS ucap tahniah

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.

Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.

Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.

Video : Hijrah Kota Raya


Video Dari Pemuda Pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails