Khamis, 15 Disember 2011

Gali ilmu

Kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.

Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.

Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..

Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.

Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.

Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.

Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails