Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 28 Disember 2015

Makluman pendaftaran SMA AL-MASRIYYAH

SEK MEN AGAMA AL MASRIYAH,
BATU 40, JALAN JOHOR,
86200 SIMPANG RENGGAM,
JOHOR.

Pendaftaran baru 2016 dibuka sekarang.
Dari 8pg - 2ptg. (waktu pejabat)

No. boleh dihubungi :
0197285832 (ust azlisham)
0137441220 (ust nizam)
0197544305 (ust syahril)

Maklumat yg perlu dibawa:
1. salinan K/P pelajar
2. salinan K/P ibubapa
3. Keputusan akhir sekolah
4. 4keping gambar pelajar
5. salinan surat beranak
6. lain2 dokumen yg berkaitan.

DAFTAR SEGERA!!



PENDAFTARAN PELAJAR BARU & LAMA SMA AL MASRIYAH.

Berikut adalah maklumat terkini bagi sesi pendaftaran persekolahan SMA AL MASRIYAH 2016..

Tarikh   :  3 JAN 2016
Hari      :  AHAD
Jam      :  9 pg.
Tempat :  Kawasan pejabat SMA AL MASRIYAH

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran tersebut termasuklah pendaftaran masuk ke asrama sekali. Oleh itu, ibubapa & waris perlulah memastikan kelengkapan  sekolah & asrama telah lengkap disediakan. Sekian, terima kasih.


SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH JUGA BERHUBUNG DENGAN  ADMIN : 
USTAZAH ZHULIANA 0133610769 ( NO HP / WHATSAPP )

Jom belajar diSMA AL-MASRIYYAH SIMPANG RENGGAM


Pelajar tahfiz muslimin SMA AL-MASRIYAH



                                                              Sukaneka muslimin bersama guru muslimin : RIBAT UKHUWAH




Hari riadah muslimat : SUKANEKA BIGFOOT


Pelajar muslimat berlatih silat di petang hari

PENDAFTARAN 2016 DIBUKA SEKARANG!



Pendaftaran Sekolah menengah Agama Arab dan Tahfiz al Masriyah 2016 dibuka sekarang!

9 sebab mengapa anda perlu memilih kami :
  • Yuran rendah
  • Suasana ideal yang mesra alam
  • Melahirkan pemimpin, pendidik dan pendakwah
  • Tumpuan berterusan terhadap Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  • Menekankan aspek kerohanian dan akhlak Islamiah
  • Aktiviti dan pengisian bermanfaat
  • Sistem pengurusan dan peraturan berteraskan syarak
  • Prasarana yang sentiasa dinaik taraf
  • Persekitaran bersih dan bebas dari pengaruh negatif


SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH JUGA BERHUBUNG DENGAN ADMIN,
 USTAZAH ZHULIANA : 013 3610769 ( NO HP / WHATSAPP )

Sabtu, 28 Mac 2015

Sekolah Menengah Agama Arab dan Tahfiz Al Masriyah Johor

Anak didik Sekolah Menengah Agama Arab Al Masriyah Simpang Renggam, Johor

Untuk maklumat, hubungi : Ustazah Zhuliana 013 3610769

Jualan Onnline Buku Kerja Bahasa Arab SPM


BAHASA ARAB SPM 2015

 NOTA PADAT & LATIHAN TOPIKAL :

 NAHU + SORF +

 BALAGHAH + INSYAK + MUTOLAAH + HIKAM AMSAL 

 ANALISA SOALAN 2012-2014 + 1 SET SOALAN

 WHATSAPP/SMS : ZHULIANA 013 3610769

Momentum Perjuangan


Menelusuri perjuangan Rasulullah saw di dalam peperangan Badar dan peperangan Uhud,dapatlah diklasifikasikan kepada dua kategori yang sarat dengan pencerahan kepada abnaul harakah iaitu pembentukan keyakinan dan pembentukan fikrah.
Lembaran sejarah Islam mengisahkan peperangan Badar adalah peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Berpunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Rentetan daripada lembaran sirah perjuangan, kumpulan yang sedikit bukanlah bermakna akan berlaku kekalahan, bahkan digit atau kuantiti bukanlah sebab utama kejayaan sesuatu kumpulan.Sirah yang berlaku mengingatkan kepada kita selaku abnaul harakah bahawa keyakinan merupakan tapak sebuah perjuangan.

Antara faktor tercetusnya peperangan Uhud berpunca daripada dendam pihak Quraisy Mekah terhadap kekalahan mereka di perang Badar yang menyebabkan banyak kerugian yang di alami oleh pihak Quraisy dan terbunuhnya beberapa orang kenamaan di kalangan mereka. Kesatuan fikrah di kalangan sebahagian anggota tentera membuatkan baki yang tinggal berpegang teguh di atas kedudukannya. Ini jelas membuktikan keikhlasan dan ketaatan kepada ketua para pejuang Islam ketika berhadapan dengan peperangan Uhud, kira-kira 300 orang dari 1000 orang tentera Islam menarik diri dari ikut berperang.
Dua lakaran peperangan memberi impak kesinambungan yang besar kepada prinsip dan pegangan hingga ke hari ini. Peperangan Islam bukanlah melahirkan pejuang yang ekstrim dan subvertif tetapi melahirkan pejuang yang berperang dengan penuh keimanan dan melaksanakan tugas dengan hati yang ikhlas serta berlumba-lumba mengerjakan amal soleh tanpa ada paksaan. 

Firman Allah yang bermaksud :
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Al Ankabut:69)

Kesedaran dan semangat semata-mata tidak akan lahir pekerja dan pendakwah yang istiqomah, maka keperluan bekalan yang perlu ada selaku komrad perjuangan ialah :-
-Pertama : Memantapkan tarbiyah diri
-Kedua : Pembinaan Ruhiyyah & Jasadiyyah
-Ketiga : Melazimi kerja secara jamaie

Ketiga-tiga item ini perlu dimiliki oleh komrad perjuangan bagi memastikan kelangsungan survival harakah islamiah itu berterusan. Adanya tarbiah,takwin ini, InsyaAllah akan lahirlah petugas yang istiqomah serta iltizam dengan matlamat dakwah yang besar dan bercita-cita mencari keredhaan Allah semata-mata.


Zhuliana bt Ambok Dalek
'Alimat Johor

Minggu Sukan Madrasah Al Masriyah Simpang Renggam




Minggu sukan pelajar Madrasah Al Masriyah, Simpang Renggam Johor

Info berkaitan madrasah :-

Terbahagi kepada 2 kategori pengambilan : 
Ta'alim : Tingkatan 1 -5 ( Subjek Arab dan Akademik )
Tahfiz dan Pra Tahfiz 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ustazah Zhuliana : 013 3610769

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails