Sabtu, 17 Mac 2012

Kepada Bakal Suami Dan Bakal Isteri

Kepada Bakal Suami,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu. Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasannya tercalar...

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,

Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Khamis, 8 Mac 2012

Himpunan Aman 10 Ribu Wanita 18 Mac 2012

WOMANS RALLY : Voice For Change. Hadirlah.....Jangan Asyik Bagi Alasan Itu Dan Ini....

Selasa, 6 Mac 2012

TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA


1. Sedekah

Rasulullah SAW bersabda :

Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan
(bersedekah )dengan separuh butir kurma

2. Berzikir

Rasulullah saw bersabda,

Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Karena kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yan masih tersisa)

(HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a)

3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw.

"Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka

(HR al Baihaqi dari Aisyah r.a)

Ahad, 4 Mac 2012

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin buat Pemuda Pemudi

BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI
SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para PEMUDA, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Jumaat, 2 Mac 2012

3 MAC 1924 - Jatuhnya Khilafah Islamiyyah

Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Khilafah Islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam yang amat menggerunkan pihak barat. Khalifah sebagai pemimpin umat Islam serta pengganti Rasulullah bagi mentadbir dan memerintah negara Islam, merupakan ketua bagi umat Islam secara keseluruhannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails