Jumaat, 31 Disember 2010

2011 : Majlis makan malam dijamu dengan tarian dan persembahan separuh lucah di PUTRAJAYA




Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..

Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah
dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!

Bantah 'Hub Hiburan' Najib!

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di SINI..

Ambil tindakan

Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!

Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...







Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak
menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.

"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil menyifatkan majlis tersebut telah menghina Islam dan umatnya, beliau berkata, rata-rata pekerja difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian.

"Tidak memadai dengan pertunjukkan-pertunjukkan seperti yang sudah sering kita dengar dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini penganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukkan lucah itu dalam majlis makan malam anjuran syarikat kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot," katanya.

Penganjuran majlis yang mengandungi pertunjukkan lucah itu diketahui oleh beliau setelah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan. Saya berharap agar pihak berwajib terutama jabatan agama Islam bertindak tegas," katanya.


sumber rujukan dari : PRIA MALAYA

9 ulasan:

  1. Salam..

    Astaghfirullah... Takut melihatnya... Kena buat sesuatu ni.. Tak boleh dibiarkan...

    BalasPadam
  2. teruk nya kerajaan zaman sekrang...cakap mulut lain bile nk laksankan tak mampu...cakap kerana ingin perhatian umat islam...cakap kerana kepentingan politik...nauzubillah..YA ALLAH BAGI LAH HIDAYAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA SUPAYA BELIAU DAPAT MENEGAK KAN SYIAR ISLAM DI MALAYSIA...AMIN

    BalasPadam
  3. Amal makruf nahi munkar. Syarikat2 multinasional ini tiada respect kepada umat Islam. Tidak akan diam yahudi dan nasara ini selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. Apatah lagi umat Islam akhir zaman walaupun banyak tapi tiada quality, ibarat buih di lautan. Di cucuk pun pecah di biarkan pun pecah. Think about it !!

    BalasPadam
  4. Cabaran umat akhir zaman memang kuat. Jadi kuatkan iman masing-masing agar kita tidak terlentok seperti mereka.

    BalasPadam
  5. perangai mcm nie Maknyah/paperdoll nie, " Jangan Palestine kan Melayu "

    BalasPadam
  6. jangan salahkan kerajaan.garis panduan untuk mengadakan hiburan telah ada. pehak berkuasa tempatan perlu menyiasat perkara ini seterusnya mengambil tindakan keatas penganjur.

    BalasPadam
  7. ada jugak ea macam nih.. nauzubillah...

    BalasPadam
  8. LET'S GET THS RIGHT.
    PERTAMA: IANYA DIBUAT OLEH SONY - SYARIKAT SWASTA
    KEDUA : MARRIOT HOTEL PUTRAJAYA BUKAN DALAM PUTRAJAYA. IANYA ADALAH TANGGUNGJAWAB MAJLIS DAERAH SEPANG, SELANGOR YANG DISAYANGI. (HOTEL TU TUMPANG JE NAMA PUTRAJAYA)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails