Rabu, 16 Mac 2016

Minggu Sukan SMA Al Masriyah 2016







Alhamdulillah Hari Sukan Madrasah Al Masriyah telah pun melabuh tirai pada hari khamis baru baru ini. Walaupun diberi masa yang sangat padat, namun kerjasama dan keterlibatan di antara guru dan pelajar cukup memberi impak yang sangat memuaskan.

Hari sukan dalam tempoh satu minggu yang lepas terbahagi kepada sukan in door dan sukan out door, tidak dilupakan juga acara ilmiah di waktu tengahari dan malam. Pertandingan ilmiah muslimat yang memberansangkan ialah pertandingan forum. Setiap halaqah sukan bebas memilih tajuk yang di minati untuk dipertandingan. Antara tajuk pilihan ialah :-

-FACEBOOK VS CINTA
-IKHTILAT
-WANITA DAN KEPIMPINAN
-AURAT

InsyaAllah selepas naik cuti penggal 1 ,semua pelajar Taklim (akademik + arab ) dan Tahfiz akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

INFO : Madrasah Al Masriyah terletak di Simpang Renggam menghala ke Jalan Johor. Madrasah Al Masriyah terbahagi kepada dua aliran iaitu :-

Taklim : Tingkatan 1 sehingga 6
Tahfiz : Tahfiz dan Pra Tahfiz

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi  :
Mudir : 019-728 5832 ( Us.Azlisham )
Timbalan Mudir : 013-744 1220 ( Us. Nizam )

Admin : 013 3610769 (Ustazah Zhuliana)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails