Khamis, 29 April 2010

::|| iSu KeMaTiaN AdiK aMiNuLrAsYiD ||::

PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS:

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.



sumber:  http://perisik-rakyat.com/

Isnin, 26 April 2010

::|| kEtiKa LeNSa CamEra BeRCaHaYa ||::

Taqwim saya sepanjang satu bulan (APRIL) di Kota Kaherah,Mesir..... Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu suka kepada seseorang yang apabila melakukan pekerjaan ,ia lakukan dengan bersungguh-sungguh.Semoga thabat hati-hati kita dalam meneruskan dakwah dan istiqomah dalam setiap amal yang dilakukan.Sedar tidak sedar imtihan semakin menghampiri kita.Semoga duyuful kiram dan sahabat-sahabat terus berusaha dan berusaha dan berusaha dalam menuntut ilmu Allah demi menggapai mardhatillah.Salam perjuangan buat ulama' junior dari saya .Sedikit perkongsian sepanjang saya di kota kaherah yang telah diadaptasi kan dengan kepingan lakaran lensa kamera buat duyuful kiram.


Meninggalkan teratak kesayangan di Mansoura buat seketika waktu....Sayonara seketika syaqah ku...


Alhamdulillah tiba juga di tempat persinggahan saya Johor Student's Hostel,Cairo.....

Pada 10 - 13 April berlansungnya Muktamar Sanawi PMRAM yang ke-77.Saya di taklifkan sebagai Perwakilan Negeri Johor.



Pada 17 April perasmian bangunan asrama pelajar johor yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar,Sultan Johor....Saya ditaklifkan sebagai Unit Persegaran.Bagi unit ini..kami di beri pakaian kelengkapan persegaran..huhuhuhu(tak pakai pun)





Beberapa hari sebelum pulang ke mansoura,saya ambil kesempatan berjalan-jalan disekitar hayyu asyir ,hayyu sabik.Jalan-jalan mentadabbur kejadian alam.



Pada 22 April bersiap-siap pulang ke mansoura bersama seorang sahabat .

Di kota Ramses,tempat destinasi terminal bas ke El Mansoura.

Alhamdulillah perjalanan selamat.Akhirnya sampai juga destinasi yang dituju.Gambar dihadapan kawasan rumah saya iaitu Muhafazah Ad daqahliyah



Pada keesokannya,hari terakhir muzakarah bekelompok.Ermmm sedikit kenang-kenangan buat ahli usrah saya hasil dari idea saya yang tak seberapa. Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu'
bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."
Dalam hadisnya marfu, Imam Thabranimeriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

Kami buat rojak buah sama-sama
Nyumy-nyummy (sedap tapi pedas (T_T) huhu..)

Keesokan harinya pada 24 April,berlansung Muktamar Wafidyn di kuliah siswi (Al-Azhar University Faculty Of Islamic Studies For Girl ElMansoura yang dianjurkan oleh The World Association For Al - Azhar Graduates
Alhamdulillah khoir segala nya.Segala yang berlaku telah dirancang oleh Al-Khaliq.Sebaik-baik perancangan manusia,perancangan Allah itu lebih utama.Jom fokus pada studi.Moga-moga Allah pandang niat kita semua.Selamat berjuang dalam menegakkan agama tercinta.Jom memburu mumtaz.

Rabu, 21 April 2010

::|| iSraEL LakNaTuLLaH!!!!! ||::

cukupkah sekadar hanya melihat???
atau mahu menjadi PENDOKONG????

siapakah pembela agama Allah??
pastikan ia adalah KITA!!!!


























untukmu jiwa jiwa kami
untukmu darah kami
untukmu jiwa dan darah kami
wahai Al-Aqsa tercinta

kami akan berjuang
demi kebangkitan islam
kami rela berkorban
demi islam yang mulia

untukmu, palestina tercinta
kami penuhi panggilanmu
untukmu,Al-aqsa yang mulia
kami kan terus bersamamu

Khamis, 8 April 2010

::|| ketaNduSaN JuNduLLaH ....ARgHhHhh..||::


Para ulama` bak bintang-bintang bergemelapan menjadi pedoman musafir di perjalanan.Mereka terpandu menuju ke destinasi ,terhindar dari gangguan yang tersesat.Berlegar-legar difikiran memikirkan apa yang tercapai dek akal senipis kulit bawang ini ,yang mana ketika ini berhadapan dengan laptop kesayangan yang dihiasi screen yang penuh dengan bubble saling tolak menolak antara satu sama lain . Nostalgia yang tidak dapat dilupakan pada 10 march 2010 .Khabar yang saya terima menerusi mesej offline dari sahabat bumi mesir bahawa pemergian Sheikhul Akhbar Sheikh Tantawi.Beliau melepaskan hembusan nafas terakhir di Riyad,Arab Saudi.Semakin kurang ulama' didunia dan semakin tambah berleluasa kesesatan yang berlaku di muka bumi ini.Apa yang kita lihat disekeliling kita,kebanyakan manusia muslim seantara dunia seolah-olah tandus di dalam mata jiwa mereka dari satu kesedaran yang amat penting dalam melopori zouq(rasa) melaksanakan kewajipan perintah Amar Makru Nahi Mungkar .Realitinya zaman yang penuh cabaran ini,khususnya cabaran-cabaran terhadap ad-Dinul Islam dipelopori krisis pemikiran,budaya ,akhlak,liberalisme dan penyakit- penyakit iwa yang lain. Rentetan daripada perginya banyak ulama' yang telah meninggalkan kita,perginya takkan kembali,saya seru diri saya yang dhoif ini dan sahabat-sahabat perjuangan bangun dan bangkit dari lena yang panjang demi memperjuangkan ad-Dinullah .Kita bersatu atas kalimah yang satu.Waspada! jatuh bangun sesebuah negara itu terletak atas tangan pemuda-pemudi di negara tersebut.Salah satu kalam dari seorang sahabat kepimpinan berkata '' Jika kita berjuang kerana semangat,nescaya bilamana semangat itu hilang , kita akan give up.Tetapi apabila kita berjuang atas dasar kefahaman ,kita tidak akan diselubungi kefuturan dalam diri''.Kefahaman diterjemahkan adalah cabang-cabang yang diadaptasikan mengikut fenomena yang berlaku.Salah satunya kita boleh menghadamkan kefahaman menerusi dalam elemen intima' dan ibtila'.Antaranya kefahaman kita sebagai remaja islam ,dalam kitab wajib syababul muslim al yaum (tanggungjawab pemuda islam hari ini) ada menyatakan bahawa sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar kafir ,maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem islam. Duyuful kiram yang saya muliakan,bahawasanya kita bukan permulaan dan bukan terakhir dalam berjuang tetapi kita ialah penerus rantai-rantai perjuangan.Buat akhirnya entri saya pada kali ini,bangun wahai sahabat-sahabat ku,lupakan kehidupan kita yang telah lalu.Kita tidak akan dapat melalui masa yang telah lalu buat kali kedua.Mari kita bergerak menuju kejayaan dunia dan akhirat.HEBAT DIDUNIA,HEBAT DI AKHIRAT. TAKBIR!!!

Rabu, 7 April 2010

::|| kuRsUs pRa PerKaHwiNaN ||::



Kursus Pra Perkahwinan Islam & Program Pemantapan Modal Insan Siswazah Johor Siri Ke-2 akan diadakan pada 19 & 20 April 2010(pelajar Johor) dan 13 & 14 April 2010(pelajar selain Johor). Bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, pelbagai pengisian menarik akan diadakan. Dengan yuran hanya LE 50(pelajar Johor) atau LE 85(selain Johor), anda boleh mendaftarkan diri melalui Unit Pendaftaran, Sdr Shazrin Zekri Bin Abdul Razak di talian +2 016-2302898 atau Sdri. Syarifah Masykurah Syed Mustafa Kamal di talian +2 011-4367862. Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Sijil akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor dan tiada tamat tempoh. Untuk keterangan lebih lanjut lagi...duyuful kiram boleh lawati di Laman Rasmi Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Mesir http://aljauhar.blogspot.com/ atau pun terus ke http://infoonline-bkpjm.blogspot.com/2010/04/kursus-pra-perkahwinan-islam-program.html


sumber:http://aljauhar.blogspot.com/

Sabtu, 3 April 2010

::|| pRoFiL CaLoN BaDaN PeNguRus 2010 ||::



Jangan lupa sohabat-sohabiah yang berada di bumi Mesir.Pilihanraya PMRAM 2010 akan diadakan tidak lama lagi.Sama-samalah kita turun untuk berpilihanraya.Ajak sahabat-sahabat yang lain .Gunakan peluang keemasan sekali setahun ini dengan sebaiknya.Laksanakanlah salah satu daripada kewajipan kita selaku mahasiswa/wi ini dengan sebaik mungkin.Pilih bakal pemimpin - pemimpin yang benar-benar hendak melaksanakan tuntutan Islam dan mampu meneruskan kesinambungan perjuangan idealisme mahasiswa yg teguh bersatu demi menegakkan ad-Dinullah. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang- pejuang agama Allah.Menang atau kalah,kerja islam akan terus berjalan . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki badwi iaitu Arab desa datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya :''Wahai Rasulullah ! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan ,ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya .Oleh itu ,siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?'' Rasulullah s.a.w menjawab:''Barangsiapa yang berperang demi menegakkan kalimah Allah,maka beliaulah yang berada di jalan Allah.''( Riwayat Muslim)

Antara calon Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 2010 yang berasal Johor dan pernah menuntut satu maahad dengan admin semasa di Malaysia.Merupakan salah seorang pelajar yang aktif dalam bidang pengurusan sejak di Malaysia.Sedikit sumber yang sohih dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat untuk mengenali calon badan pengurus 2010

PROFIL

Nama : Firdauz Bin Noh
T. Lahir : 9 Disember 1985
Umur : 25 Tahun
Asal : Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Pengajian : Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah
Latar Belakang Pendidikan :

1) Pasti Al-Fikrah (Johor Bahru)
2) Sek. Ren. Islam (SRI) Ar-Rasyidin (Johor Bahru)
3) Al-Imam (International) Institute (Kota Bharu, Kelantan)
4) Sek. Men. Agama (Arab) Kota Tinggi (Kota Tinggi)
5) Maahad Pontian (Pontian)
6) Maahad Johor (Johor Bahru)

Pengalaman Persatuan
( Malaysia )
1) Pengerusi Kelab Bahasa Arab Maahad Pontian (2003)
2) Timbalan Ketua Pelajar Maahad Pontian (2003)
3) Ketua Biro Dakwah Maahad Johor (2004)

( Mesir )
1) Setiausaha BKPJM sesi 2006/2007
2) Setiausaha BKPJM sesi 2007/2008
3) Yang DiPertua BKPJM sesi 2008/2009
4) Penasihat BKPJM sesi 2009/2010

Misi & Visi

Memastikan perpaduan dan kesatuan ahli PMRAM
Merealisasikan slogan 'Satu Fikrah Satu Amal'
Mengembalikan keizzahan mahasiswa Islam di Mesir

Motto Hidup

"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, dan Matiku hanya kerana ALLAH"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails