Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 3 Januari 2016

Ahlan wa sahlan anak didikku


Sesi persekolahan di Sekolah Menengah Agama Arab & Tahfiz Al Masriyah Simpang Renggam dimulakan dengan minggu taaruf/ orientasi pelajar.


Pelajar muslimin tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh muallimat SMA AL Masriyah


Pelajar muslimat tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh muallimat  SMA AL Masriyah


Nukilan : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Wahai anakku,
Jauhilah semua dosa besar yang Allah melarang kamu melakukannya. Kerana dosa akan menghalang kamu memasuki syurga Allah.

Wahai anakku,
Aku tidak bimbang sedikitnya amalanmu, kerana itu adalah kedudukan dan martabatmu dalam Syurga. Tetapi dosa akan menghalang kamu memasuki Syurga Allah melainkan dengan rahmat dan pengampunanNya. Kerana itulah wahai anakku, Jauhilah dosa -dosa besar , nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil mu. Sebagaimana firman Allah,

ﺇِﻥْ ﺗَﺠْﺘَﻨِﺒُﻮﺍ ﻛَﺒَﺎﺋِﺮَ ﻣَﺎ ﺗُﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻨْﻪُ ﻧُﻜَﻔِّﺮْ ﻋَﻨْﻜُﻢْ ﺳَﻴِّﺌَﺎﺗِﻜُﻢْ ﻭَﻧُﺪْﺧِﻠْﻜُﻢْ ﻣُﺪْﺧَﻠًﺎ ﻛَﺮِﻳﻤًﺎ

Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Surah An-Nisa :31).

Wahai anakku,
Andainya dosa itu diperlihatkan kepada kamu tentulah engkau terkejut kerana banyaknya dosa terkumpul yang tidak kamu sedari. Maka mohonlah sungguh-sungguh agar Allah mengampuni dosa-dosamu kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Senyum selalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails