Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 16 Mei 2011

Beza muhrim dan mahram

Sering  kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.
 
Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
 
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

 Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.



sumber: http://halaqah.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails