Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 15 Mei 2011

Isteri bekas presiden Mesir ditahan 15 hari

Isteri presiden Mesir Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun ini, ditahan selama 15 hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah, demikian menurut BBC hari ini.

Suzanne Mubarak akan ditahan di penjara Kaherah, lapor BBC yang memetik agensi berita Mesir Mena.

Suzanne, 70, dan suaminya disoal siasat berhubung dakwaan pemilikan kekayaan secara tidak sah.

Hosni yang memegang kuasa selama 30 tahun melepaskan jawatannya Februari ekoran kebangkitan selama beberapa minggu.


sumber: TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails