Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 22 Oktober 2010

::|| sELaMaT HaRi iBu Ke-46 ||::


Ibu...ibu ....engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka,engkau hiburkan selalu.
Ibu.. ibu... engkaulah ratu hatiku.

Ibu ! nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Ghalibnya itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak. Benarkan?

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. 'Atifah dan naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?


26 October 2010 merupakan tarikh lahir ibu yang ke 46 tahun.Begitu pantas detik waktu berlalu dengan diiringi cuaca yang silih berganti.Ketika saya menari-narikan jari-jemari ini dan di temani dengan angin yang masuk di celah-celah jendela yang kian mengigit-gigit tubuh badan ini,terasa ingin sahaja berlari mendapatkan ibu tika dan waktu ini.Terasa ingin sahaja berada didalam dakapan ibu.Pesan ibu tiap kali saya hubungi ibu dan mengalirkan air mata tanda rindu yang amat, ibu sentiasa menenangkan saya sambil memujuk saya "adik, doa adalah pengikat rindu kita, kalau adik nangis,adik tak dapat apa-apa" Ibu memang hebat di mata saya.

 Abu Hurairah berkata:'Seorang lelaki dtg berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: Ya Rasulullah kepada siapakah yg perlu aku dahulukan?? Baginda menjawab: "ibumu" dia bertanya lagi: kemudian? Rasulullah menjawab: "ibumu" dia betanya lagi: kemudian?? Rasulullah menjawab : "ibumu"   Dia bertanya lagi: kemudian?? Rasulullah menjawab: ayahmu
  (Al-Bukhari dan Muslim)

Banyak memori bersama ibu takkan saya lupakan di kotak fikiran saya dan akan saya semat sepatri-patrinya untuk disemat didalam hati buat selama-lamanya.Ibu mendidik saya dengan kasih sayang bercampur ketegasan.Ibu pesan " Jaga anak perempuan bukan mudah,jaga anak perempuan adalah satu tanggungjawab yang cukup berat"

Ibu adalah segala2 bg saya...
kat umah, ibulah menteri pendidikan..
menteri kewangan
menteri dalam negeri..
menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna..
menteri kerjaraya..
semua menteri terpikul atas bahu ibu...
semua hal kebajikan dlm keluarga ibu dulu yg ambik tahu..baru abah..

Banyak keperluan dan keinginan saya dibelikan oleh ibu.Sepertimana entri untuk abah sebelum ini,apa yang saya katakan ,abah cukup teliti dari sudut penggunaan duit dan tidak suka pada pembaziran.Ibu sentiasa mengerti suara hati saya dan ibu selalu menghadiakan apa yang saya ingini walaupun tidak semua kehendak saya dituruti.

Begitu asyik saya menaip,tiba-tiba terlintas di ingatan ketika pulang bercuti tahun sebelum ini.Waktu itu,hampir 5 bulan saya bercuti di Malaysia.Baru seminggu bercuti ,saya telah ditawarkan untuk menjadi gutu gantian di sebuah sekolah yang berdekatan  rumah.Apabila di ajukan tawaran tersebut,ibu menyuruh saya menolak tawaran tersebut atas alasan ibu tidak mahu saya jauh dari pandangan ibu sepanjang cuti.Walaupun alasan yang diberikan oleh ibu hanya seringkas itu, saya mengerti dari riak wajah ibu yang tidak mahu saya bekerja dan hanya menolong melakukan kerja-kerja rumah sahaja.

Dan teringat juga satu peristiwa sewaktu  pulang bercuti pada tahun yang sama,suatu hari kami sekeluarga pergi melawat atok saudara di wad hospital berdekatan.Rata-rata majoriti saudara mara tidak mengenali saya dan ada diantara mereka mempamerkan riak wajah yang seolah-olah menimbulkan satu persoalan.Sedang asyik melihat atok saudara dihujung katil wad, tiba-tiba seorang makcik saudara datang menghampiri saya lalu bertanya perihal saya.Setelah saya menyatakan saya anak kepada ibu,makcik tersebut meneruskan kata-katanya .Setiap bibit-bibit kalam yang cuba dilontarkan,buat saya terharu berbaur bangga mendapat seorang ibu yang hebat dimata saya dan orang sekeliling."Oh,itu mak kamu ye, makcik tak pernah lagi nampak wanita sebaik mak kamu, budi bahasa yang cukup tinggi,sopan santun, sentiasa jaga tutur kata dan hormat orang tua sejak dulu lagi,Untung kamu dapat mak macam tu" Itulah antara kalam yang masih segar diingatan saya.Mampukah saya jadi seperti ibu??? InsyaAllah...

Sejak kelahiran adik bongsu saya,ibu mengalami satu penyakit ketumbuhan di dalam perut.Ibu selalu pesan pada saya,ibu akan lakukan pembedahan sekiranya saya berada disisi ibu.Sehingga kini,ibu tabah mengharungi liku-liku kehidupan dan onak duri demi membesarkan anak-anaknya.Sekiranya duyuful kiram membaca entri saya ini,tidak kira dimana jua kalian berada, mohon doa kalian supaya ibu saya diberi kesihatan agar dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah. Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Qur’an yang berbunyi :“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23). Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu hatta tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu? Induk itulah ibu. Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah, Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah. Muliakanlah ibu-ibu kami.Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa.






Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat selaku duyuful kiram yang singgah di teratak blog saya.
 PERTAMA

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan...insyaAllah...

Selagi Dia Masih Hidup.......
- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga mlm bimbang nanti anknye digigit sang nyamuk.. Kita pula
membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.

- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...

- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.

- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni... ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.walhal ibu korbankan masa terluangnye....korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama mnahan penat..

- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...

- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

- Apabila k ita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.

- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"

- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!

- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...

- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"

- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."

- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan mer ungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.. dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.skiranye kita masih punye ibu dlm menjalani hidup ini....hargai ibu...jage hati ibu...hadiahkanlah keperibadian yg baik utk ibu...agar ibu puas dgn apa yg ibu korbankan..agar ibu bangga krn punye anak soleh/ solehah yg akan mendoakan ibu di akhirat kelak

KEDUA.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. . Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak

Renungkan:

Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Syukran kepada yang sudi berkongsi nukilan.Semoga kita sama-sama dapat satu impak yang manfaat sekaligus di semat dan dijadikan panduan hidup.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails