Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 28 Oktober 2010

::|| sEKoLaH MeNgaNDuNg , iBaRat MeMBeRi KoNDom Di sEKoLaH ||::

Pencuri tayar, Hantar mereka bekerja di kedai membaiki tayar.
Perompak rumah, hantar mereka bekerja membaiki rumah.
Peragut, hantar mereka bekerja sebagai peragut rumput.
Perompak bank, hantar mereka menjadi Guard di Bank
Pencuri motosikal, hantar mereka bekerja kekedai motosikal
Pencuri Handphone, hantar mereka bekerja di kedai handphone.
Nampak seperti mencegah, namun ia adalah budaya menggalakkan. Entahlah.... Kaedah pemikiran jalan penyelesaian melalui pemikiran sains sosial, memang memeningkan kepala.
Saya pernah memberi contoh ini dalam penulisan sebelum ini :-
"Sila jawab soalan ini. Bagaimanakah kaedah pertama untuk membendung gejala maksiat disebuah taman yang gelap?"
Mungkin ramai dalam kalangan kalian akan menjawab... "Pasangkan spotlight, dan biarkan kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai. Apabila kawasan tersebut terang, maka akan terhindarlah maksiat"
Jawapan tersebut tidak salah, namun salah sebenarnya. Inilah yang saya maksudkan dengan pemikiran sains sosial dalam penyelesaian masalah. Sepatutnya, ia bukan jawapan utama. Mungkin jawapan yang keempat dan seterusnya.
Krisis tidak yakin dengan cara hidup beragama merupakan sudut yang sonsang dan buta dalam cahaya. Menilai dan meletakkan agama sebagai "2nd class", "3rd class". Menganggap pendidikan agama sebagai pilihan terakhir kepada kejayaan dan halatuju diri. Menganggap cerdik pandai seharusnya duduk dalam kelas yang tersendiri dan bermutu lebih tinggi berbanding pengajian agama. Inilah tanggapan yang kolot. Ia jelas memperlekeh agama. Sedangkan agamalah yang menghurai segala-galanya
Jawapan utama terhadap persoalan yang saya utarakan tadi ialah "melaksanakan undang-undang agama, dan menyuburkan nilai dan serta cara hidup beragama kepada seluruh penduduk. Agar akal penilai dapat memberikan jawapan kepada persoalan dosa atau
pahala, baik atau buruk."
Negeri Melaka ketika ini pada pandangan saya sedang melalui satu fasa menyelami kegelapan walau dah ada cahaya. Memperlaku perkara yang saya nilai sebagai tidak tersusun dan mengabaikan kaedah "keutamaan" dalam melaksana tindakan.
Projek pembangunan yang bertumpu kepada pembangunan sektor pelancongan negeri mencecah melebihi 47.6 juta ringgit. Tidak termasuk kos penyelenggaraan dan pembangunan semula pusat pelancongan terkenal yang berpusat di Bandar Hilir Melaka. Ini sudah masuk kali yang kelima dibangun dan di selenggara semula sejak tahun 2000.
Itu juga belum termasuk kos menyelenggara dan mempublisitikan Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia, yang akhirnya mencatat kerugian 12.3juta ringgit.Itu juga belum termasuk dengan kos menyediakan hari gilang gemilang menyambut Melaka Maju 2010.
Pembangunan itu tidak salah, jika kena pada caranya. Namun yang saya maksudkan disini ialah pulangannya kepada rakyat tidak kira siapapun nasab dan taraf mereka. Ini negeri rakyat Melaka. Bukannya negeri untuk Pelancong Seluruh Malaysia. Tren di bina untuk mengelilingi pusat pelancongan untuk pelancong. Pembangunan Bandar Hilir yang setiap tahun juga untuk pelancong.
Tidak keterlaluan juga saya nyatakan pelan pelancongan melalui pembangunan pusat membeli-belah yang saya labelkan "menggila" juga kurang manfaatnya kepada rakyat melainkan memperbanyakkan pening oleh kerana banyaknya pembolehubah. Ia juga untuk pelancong.
Namun, pembangunan pelancongan dan pelan pembangunan yang lain akan dianggap berbaloi jika pelan pembangunan manusia diberikan peruntukan yang sepatutnya lebih tinggi memandangkan keruntuhan akhlak dan moral rakyat negeri telah sampai ketahap
parah dan barah. Sebulan kebelakangan ini, terlalu banyak kes jenayah yang berlaku dalam negara tidak kurang di negeri Bandaraya Bersejarah ini. Kes buang bayi, dan jenayah rogol, berzina dan rompakan telah mengalahkan cendawan tumbuhnya.
Yang terbaru pada hari ini, 19/08/2010 di Melaka dalam halaman Metro m/s 2,Jenayah Pembunuhan. M/S 7, Suami Cekup Isteri Khalwat. Pada m/s 12 pula, mayat bayi lelaki 5 bulan dalam tong sampah celah beg plastik. Pada m/s 24 pula, Sebuah Keluarga menyara hidup dengan mengutip tin botol sahaja. Semuanya ini berlaku di negeri Melaka
Seakan mengungkit, namun ini realiti. Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa pernyataan ini keterlaluan kerana seolah-olah semua bebanan ini dipikul kerajaan sahaja. Namun apabila melihat kecenderungan kerajaan negeri dalam pembangunan pelancongan dan metarial yang lain dititik beratkan, dan mengabaikan tanggungjawab membangunkan manusia dengan program yang mengembalikan manusia kepada fitrah beragama, dek kerana itulah kritikan ini saya lontarkan.
Penubuhan Sekolah Mengandung? Benarkah itu langkah mengcegah? Atau ia langkah menggalakkan. Ibarat penagih tegar dadah, diberikan jarum suntikan sebanyak mungkin. Menggalakkan agar mereka tidak berkongsi jarum suntikan. Atau letakkan mereka semua disebuah pulau, dan biarkan mereka hidup sesama mereka.
Ibarat memberi kondom kepada penzina!!!!
Benarkah penubuhan sekolah mengandung adalah langkah yang terbaik? namun pada masa yang sama, galakan seks bebas langsung tidak dipedulikan. Rumah-rumah pelacuran masih dibiarkan. Filem-filem sex, masih ditayangkan. Paling kritikal, mengapa perkara ini tidak dibahas secara adil mengikut acuan agama. Melaksana undang-undang agama adalah perkara yang sewajibnya... namun tidak kedengaran perbahasan ini.
Walaupun dari beberapa aspek, saya agak bersetuju dengan galakan kerajaan negeri menggalakkan perkahwinan awal, namun ragunya kepada sistem keseluruhan tetap besar. Lepas ni mereka boleh menyatakan "jom berzina, sekolah pun dah ada", tersenyumlah mereka.
Melaksana undang-undang agama, menutup atau memperaturankan pusat hiburan, memperbanyak program dan mengutamakan pembangunan fitrah serta akhlak manusia, itulah langkah yang sepatutnya menjejak dalam menangani kadar jenayah dan sosiolisasi rakyat negeri. Kamu mesti bijak, jika dah bodoh, jangan cuba memperbodohkan orang lain.

sumber: http://mygamis.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails