Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 19 Oktober 2010

::|| MaHaSisWa WaJaR bErPoLiTik ||::


Keterlibatan mahasiswa dalam mewarnai arena politik dilihat oleh segelintir pihak tidak kena masanya sehingga menimbulkan pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.Mutakhir ini hak kebebasan mahasiswa bersuara bagai dicabuli.Dilemparkan pula  tanggapan dan sindiran sinis sehingga suara mahasiswa dilabel bagaikan anjing menyalak bukit.

Secara konfirmasinya sangatlah wajar mahasiswa berpolitk,lebih-lebih lagi individu yang faham agama dan amal islami secara keseluruhannya walhal bukanlah mengikut mentaliti sekular yang berpasakkan agama separuh dan amal separuh.

Sebagai mahasiswa islam yang berkaliber dan berwibawa, kewajipan bersuara dalam mempertahankan hak dan menolak kemungkaran yang berlaku harus dilaksanakan.Apabila  dipandang enteng, akan memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat sekaligus negara itu sendiri.

Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan dalam Al Quran, menurut kisahnya baru berumur sembilan belas tahun ketika memimpin angkatannya.
Beliau memimpin angkatan dalam 'siasah perang' dengan melalui berbagai pengajaran bagi seluruh umat manusia yang bukan sekadar umat Islam.

Rasulullah SAW yang dalam keadaan gering setelah Pembukaan Makkah, telah memilih Usamah bin Zaid RA untuk memimpin angkatan Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Sebelum sempat angkatan itu berangkat, Baginda SAW wafat.

Jelas menurut Sunnah SAW terbukti ada berlaku, dan menurut Al Quran juga berlaku, maka seharusnya mana-mana negara yang merasakan mereka keturunan Islam yang mengambil As Sunnah sebagai 'Way of Life' seharusnya mengambil ini sebagai cara yang harus di ikuti.

Senario politik kini sudah berubah.Pelbagai angin sekular diterapkan.Maka jika golongan intelektual ini disekat dalam kebebasan bersuara,ia akan memberi impak yang lebih buruk pada masa hadapan. Memberikan ruang mahasiswa bergiat dalam politik dapat melahirkan masyarakat yang lebih positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails