Selasa, 26 Oktober 2010

::|| PeRMiNtaaN rESePi KEk CoKLaT uTk MaKCik KeSaYaNgaN ||::

Kelmarin saya menghubungi ibu di Malaysia.Kebetulan makcik saya dari skudai datang ziarah rumah saya.Ade yang mencuit hati saya semasa saya bersembang bersama makcik kesayangan saya."Adik.. tolong bagi cik resepi kek coklat lembab yang adik buat kat malaysia dulu tu ek" Untuk memenuhi kehendak makcik saya,saya sertakan resepi kek coklat lembab tersebut.

Bahan-bahannya ialah:

 -Adunan 1 = tepung gandum 1 cawan+ serbuk coklat 1 cawan + soda  rata kan atas sudu sebanyak satu sudu+ vanilin+ baking powder 1 sudu setengah (kesemuamnya gaul dan satukan)

-Adunan  2 = pukulkan telur 3 biji sampai kembang (pakai mixer lagi mudah)

- susu 1 cawan
- secawan air panas
- minyak secawan
- gula halus 2 cawan

Cara membuatnya mengikut turutan:

-pukulkan telur sampai kembang
-masukkan ke adunan 1 , selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan gula ke adunan  1, selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan susu ke adunan 1, selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan minyak dan ratakan
-masuk kan air panas dan terus bakar
-bakar 45 minit

p/s. semua penggunaan cawan mesti sukatan cawan yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails