Ahad, 31 Oktober 2010

::|| pENdEKaTaN Da'i tErHaDap MaD'u ||::

Entri ini merupakan penulisan saya pada 30 Mei 2010 . Refresh semula .......

Secara solid mengakui keadaan masyarakat di Malaysia khususnya seluruh dunia amnya didapati keruntuhan akhlak dan moral yang kian meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan amatlah begitu membimbangkan.Ini disebabkan pelbagai hidangan gejala salah laku ini dimanipulasikan oleh golongan para remaja.Amat sedih dan dukacita diantara mereka dari golongan cerdik pandai ,mempunyai peribadi serta latar belakang yang berpendidikan dan amat lagi menduka citakan apabila golongan yang terjebak ke kancah keruntuhan akhlak ini dari golongan remaja yang mempunyai pendidikan agama,tahu halal haram.Nauzubillah....

Pendekatan dai'e terhadap mad'u
Setiap dai'e ada kelebihannya tersendiri dan juga memiliki uslub serta

Sabtu, 30 Oktober 2010

::|| TaHNiaH ||::

SAYA SEBAGAI BLOGGER ZHULIANA MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI BUMI ANBIA'... TAHNIAH !!!

::|| VidEo pUTiNg bELiUNg Di pErLis pD 28 OcToBer 2010 ||::



Puting beliung ini ( angin Tornado ) bukan merupakan kali pertama berlaku di Malaysia.Alam dah beri peringatan kepada manusia.Bertaubatlah... bertaubatlah... bertaubatlah....

Dunia diselimuti penyakit Al Wahnu. Apakah itu Al Wahnu? Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menta’rifkan penyakit ini sebagai cintakan dunia dan takutkan mati. Apakah implikasi penyakit ini kepada sistem sosial Islam?

Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”
 (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

::|| LifELiNe 5 CaPai TaRgEt ||::

Jumaat, 29/10/2010 – MP Britain, George Galloway yang mengetuai Lifeline 5 telah menyatakan konvoi telah berjaya dan mencapai matlamat. Konvoi kali ini merupakan bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan yang terbesar memasuki Gaza melalui jalan darat.
Apa yang sedikit menyedihkan ialah beliau bersama 17 relawan lain tidak dibenarkan bersama konvoi oleh kerajaan Mesir.

Jumaat, 29 Oktober 2010

::|| aSKaR iSRaEL HiNa TaHaNanN ||::


GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.



Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009. 

Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke

Khamis, 28 Oktober 2010

::|| KhUtBaH DaRi Si kECiL ||::





Sejuk mata memandang apabila melihat telatah sikecil ini berkhutbah.Syabas para pendidik PASTI yang bertungkus lumus mendidik jiwa-jiwa sikecil cintakan Islam.Semoga generasi generasi ini penyambung perjuangan Rasulullah saw dan mengembalikan kegemilangan Daulah Islamiah



::|| tEMPaHaN QorBaN ||::

::|| sEKoLaH MeNgaNDuNg , iBaRat MeMBeRi KoNDom Di sEKoLaH ||::

Pencuri tayar, Hantar mereka bekerja di kedai membaiki tayar.
Perompak rumah, hantar mereka bekerja membaiki rumah.
Peragut, hantar mereka bekerja sebagai peragut rumput.
Perompak bank, hantar mereka menjadi Guard di Bank
Pencuri motosikal, hantar mereka bekerja kekedai motosikal
Pencuri Handphone, hantar mereka bekerja di kedai handphone.
Nampak seperti mencegah, namun ia adalah budaya

Rabu, 27 Oktober 2010

::|| RaBBi YaHuDi MemBeNarKaN RakYAt PaLesTiN JaDi bEnTeNg MaNuSia ||::

Seorang Rabbi Yahudi telah membenarkan penggunaan orang awam Palestin sebagai benteng manusia meski ia boleh mengakibatkan mereka terkorban.
Yitzhak Shapira, pengarah sebuah sekolah Yahudi di Tebing Barat, memberitahu akhbar harian Haaretz pada Khamis bahawa apa-apa sahaja boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa Yahudi berdasarkan ajaran Taurat. Dia berkata, nyawa seorang Yahudi adalah lebih berharga daripada orang lain tidak kira sama ada tentera atau tidak.
Tiada rakyat Israel patut membahayakan dirinya demi orang bukan Yahudi meskipun orang awam, Shapira berkata.

Admin: Kalau bukan atas dasar agama, takkan mereka tidak ada perikemanusian lansung????

::|| kEs aNaK dERHaka mENiNgKat , mELaYu mENuJu KeHaNCuRaN ||::

Semalam kes anak nak campak ibu dari rumah pangsa di Cheras. Hari ni akhbar melaporkan anak tumbuk ibu sampai koma di Kemaman, anak ugut bakar rumah ibu di Ampang, isteri dibelasah suami dah 18 tahun di Ipoh. Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Adakah ini Bala Gejala Sosial? Kita sentiasa dimomokkan dengan pembangunan fizikal, tetapi pembangunan mental dan spiritual sering dikesampingkan.

Semua pihak, semua parti politik, semua individu harus menumpukan pembangunan mental dan spiritual ketika ini yang semakin parah. 
Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di

Selasa, 26 Oktober 2010

::|| ReFoRMaSi InTeLekTual pEmUDa iSLam ||::

Deklarasi ke arah kompetensi  dan kepakaran dari segenap lapisan memerlukan daya intelektual yang tinggi.Populasi penganut agama Islam yang mulia,pegangan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi garis panduan esensi di dalam jiwa demi menyekat sebarang jenayah pemikiran.

Dinilai dari sudut pandang populasi umat Islam khususnya pemuda-pemuda Islam masa kini,dunia begitu kritikal ketandusan pemuda Islam.Dunia ketandusan penda'i - penda'i pemuda yang akan menggoncang dunia ke arah evolusi Islam.Dunia ketandusan suara-suara pemuda Islam.Realitinya mutakhir ini ,pemuda-pemuda yang diharapkan dibanjiri revolusi pemikiran serta disibukkan dengan pembawakan-pembawakan budaya barat yang keterlaluan.Pembawakan budaya barat telah menjurai di dalam jiwa-jiwa pemuda di zaman kontemporari ini.

Mampukah dunia mutakhir ini melahirkan

::|| PeRMiNtaaN rESePi KEk CoKLaT uTk MaKCik KeSaYaNgaN ||::

Kelmarin saya menghubungi ibu di Malaysia.Kebetulan makcik saya dari skudai datang ziarah rumah saya.Ade yang mencuit hati saya semasa saya bersembang bersama makcik kesayangan saya."Adik.. tolong bagi cik resepi kek coklat lembab yang adik buat kat malaysia dulu tu ek" Untuk memenuhi kehendak makcik saya,saya sertakan resepi kek coklat lembab tersebut.

Bahan-bahannya ialah:

 -Adunan 1 = tepung gandum 1 cawan+ serbuk coklat 1 cawan + soda  rata kan atas sudu sebanyak satu sudu+ vanilin+ baking powder 1 sudu setengah (kesemuamnya gaul dan satukan)

-Adunan  2 = pukulkan telur 3 biji sampai kembang (pakai mixer lagi mudah)

- susu 1 cawan
- secawan air panas
- minyak secawan
- gula halus 2 cawan

Cara membuatnya mengikut turutan:

-pukulkan telur sampai kembang
-masukkan ke adunan 1 , selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan gula ke adunan  1, selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan susu ke adunan 1, selepas itu gaul sehingga sebati
-masukkan minyak dan ratakan
-masuk kan air panas dan terus bakar
-bakar 45 minit

p/s. semua penggunaan cawan mesti sukatan cawan yang sama.

Isnin, 25 Oktober 2010

::|| LiFeLinE GaZa MaSuK GaZa ||::

Rombongan para peserta konvoi “LifeLine 5″ mula memasuki Gaza pada petang hari Khamis (21 Oktober) melalui gerbang Rafah.
Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa para peserta konvoi sampai pada pukul 3.30 p.m hari Khamis waktu tempatan Gaza, tanpa sebarang trak dan pengangkutan yang dibawa mereka. Sumber media dari biro Palestin yang berfungsi untuk memecahkan tembok gaza dan menyambut konvoi berkata bahawa kapal memerlukan 2 hari untuk memindahkan kesemua barangan daripada Pelabuhan Arish ke Gaza melalui pintu Rafah dan dijangka akan tiba pada hari Sabtu atau Ahad.

Sumber rujukan: Palestinkini

Ahad, 24 Oktober 2010

::|| CiRi - CiRi uLaMaK PeWaRis NABi ||::


Ibnu Abbas berkata : Ulama’ ialah orang-orang yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dan tambahnya lagi : Orang alim tentang Allah Maha Penyayang ialah orang yang tidak melakukan syirik dengan Allah sesuatu pun serta dia menghalalkan apa yang dihalalkan dan mengharamkan apa yang diharamkan. Dia turut memelihara wasiatNya disamping yakin bahawa dia tetap akan menemuiNya dan Dia bakal menghitungkan amalannya.

Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi ialah yang pertama bersifat

Sabtu, 23 Oktober 2010

::|| DaLiL - DaLiL BeRKaiTaN uLaMaK ||::

Hadis Nabi maksudnya:
`Ulama’ adalah pemegang amanah Allah ke atas hamba-hambaNya.’
Hadis hasan riwayat Ibnu Asakir dan Qhudaie.

Dalam hadis yang lain pula Rasululllah S.A.W. menyebutkan, maksudnya : `Sesungguhnya perumpamaan ulama’ di atas muka bumi ini seperti bintang-bintang di atas langit yang menjadi panduan dalam kegelapan di darat mahupun di lautan
Hadis hasan riwayat Al Ajuri dari Anas ‘

Sabda Rasulullah S.A.W., maksudnya : ‘Para ulama’ adalah penegak amanah para Rasul selama mana tidak dipengaruhi oleh pemerintah dan tidak haloba dengan dunia, apabila mereka sudah dipengaruhi pemerintah dan haloba dengan dunia, berwaspadalah kerana mereka telah mengkhianati Rasul .’
Hadis hasan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.

Sabda baginda lagi, maksudnya : ‘Aku ingatkan kamu untuk berlindung dengan Allah dari kepimpinan orang bodoh. Ditanya apakah itu kepimpinan orang yang bodoh? Pemimpim-pemimpin yang datang selepas aku, tidak mahu mengambil petunjukku dan melaksanakan sunnahku maka barang siapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman, bukanlah mereka dari golonganku dan aku bukan dari mereka dan mereka tidak akan dapat mendekati telagaku, tetapi barang siapa yang tidak membenarkan pembohongan dan tidak menolong kezaliman mereka, mereka adalah golonganku dan aku dari golongan mereka dan mereka akan, mendekati telagaku .’
Hadis riwayat An-Nasaie,At-Tirmizi dan Al-Hakim.

Sabda Nabi lagi maksudnya : ‘Seafdhal-afdhal jihad ialah

::|| HaDiRKaN DiRi ||::

::|| TaHu aTaU BuaT-BuaT TaK TaHu ||::

Dimanakah perginya 40 Ulama itu? Setiap negara mempunyai satu mufti tetapi negara kita setiap negeri ada satu mufti tetapi dimana suara-suara mufti dalam menentang isu tersebut? Dimana tindakan kalian yang lain dalam  mempunyai kuasa dan tanggungjawab??????

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah al-wahn itu, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Jumaat, 22 Oktober 2010

::|| sELaMaT HaRi iBu Ke-46 ||::


Ibu...ibu ....engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka,engkau hiburkan selalu.
Ibu.. ibu... engkaulah ratu hatiku.

Ibu ! nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Ghalibnya itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak. Benarkan?

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. 'Atifah dan naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?


26 October 2010 merupakan tarikh lahir ibu yang

::|| MaHaSiSWa jOiN RaPTai UmNo ||::

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

 Ideologi mahasiswa yang menyatakan yang hak dibakul sampahkan.Inikah yang dinamakan undang-undang yang bersih dan telus? FIkir-fikirkan wahai anak muda....Buka mata...Buka pemikiran... 

sumber rujukan: TKO

::|| ZaLiM!!! :TeMBOk BeSi AnTaRa GaZa - MeSiR ||::



Kereta kren besar yang bekerja dekat Gerbang Salah Ed-Din, pemisah antara Jalur Gaza dan Mesir kini sudah masuk ke fasa menanam plat besi jauh ke dalam tanah, untuk menghalang rakyat Palestin yang selama ini boleh menyeludup masuk melalui terowong bawah tanah.

Tembok hampir siap ini yang ditaja oleh Amerika Syarikat, dan ditambah dengan

::|| GaMBaR PeNDeRaaN RaKYat PaLeSTiN ||::

Kepingan gambar yang menunjukkan penderaan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat. Ya Allah ,Selamatkan saudara seislam ku di bumi Palestin!!!!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

::||AbBas Nk SeRaH Hak PalesTin SbG PeNyELeSaIaN||::

Rabu, 20/10/2010 - Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menyatakan kesediaan untuk mengumumkan penamatan konflik dengan Israel dan memberikan sebahagian besar daripada Palestin yang penuh bersejarah.
Abbas, yang berbicara dalam sebuah wawancara dengan Channel TV One Israel malam tadi, mengatakan bahawa ia bersedia untuk

::|| WaKiL KeLaB uMNo Luar NeGara kRiTiK uMNo ||::


Sifir kerajaan sekarang : Umno kritik Umno = kerajaan tumbang.Astro telah mejemput wakil Umno Luar Negara iaitu dari Morocco dan Soul.Salah seorang dari tetamu khas ini pernah berpengalaman datang ke bumi Mesir.Beliau melihat sendiri sifat pimpinan PKR datang ke Mesir berhadapan dengan mahasiswa Mesir selaku anak muda. Dibawah ini saya copy paste entry dari blog http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/



MEMALUKAN! Pemimpin Umno dikritik secara

Rabu, 20 Oktober 2010

::|| viDEo N LiRik GeLomBaNg kEaDiLaN ||::



Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Shoutul Harakah .Tajuk lagu ini ialah Gelombang Keadilan.Semoga jiwa-jiwa kita di saluti ruh semangat juang yang tinggi dalam menegakkan keadilan dan mengembalikan daulah islam yang telah jatuh pada ketika dahulu.Semoga akan wujud satu hari nanti ruh semangat pejuang muda Sultan Muhammad Al-Fateh di zaman ini!!!

Kan melangkah kaki dengan

Selasa, 19 Oktober 2010

::|| BuKTi iSLaMic FaShiON FeSTiVaL HiNa iSLaM !!! ||::

Penaung Festival Fesyen Islam(FFI) harus bertanggungjawab!...

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kepada junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..

Kita menuntut pihak yang berkaitan supaya

::|| MaHaSisWa WaJaR bErPoLiTik ||::


Keterlibatan mahasiswa dalam mewarnai arena politik dilihat oleh segelintir pihak tidak kena masanya sehingga menimbulkan pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.Mutakhir ini hak kebebasan mahasiswa bersuara bagai dicabuli.Dilemparkan pula  tanggapan dan sindiran sinis sehingga suara mahasiswa dilabel bagaikan anjing menyalak bukit.

Secara konfirmasinya sangatlah

Isnin, 18 Oktober 2010

::|| BaJeT 2011,RTM MaLuKaN pErDaNa MeNTeRi ||::




Ucapan Najib semasa pembentangan belanjawan Malaysia 2011 mencuri perhatian apabila Najib sempat berbuat lawak sengalnya seakan-akan berpantun membacakan pengurangan cukai terhadap barangan kegunaan harian untuk

::|| SaLah SeoRang Dr 17 aHLi KoNVoi di yG HaLaNg MaSuK GaZa ||::

Brother Arshad dari United Kingdom adalah salah seorang yang disenaraikan oleh pihak Mesir untuk tidak dibenarkan berlayar dan mendarat di AL-Arish bersama sukarelawan konvoi ke Gaza.

Beliau adalah seorang ahli psikology dan

Sabtu, 16 Oktober 2010

::|| GaMBaR : DuLu BusH, TeRKiNi oBaMa ||::

Perdana Menteri dulu kena baling kasut, Perdana Menteri sekarang hampir kena baling buku.Isk... Isk... Isk...
Photobucket

Jumaat, 15 Oktober 2010

::|| mEsTi TaHu : HaK aNDa BiLa DiTaHaN PoLis MaLaYSia ||::

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

    * Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
    * Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
    * Putih : Polis Simpanan


Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan

Rabu, 13 Oktober 2010

::|| sHEiKh YuSoF QaRDhaWi :KeWaJiPaN JiHaD pErLu DiBangKiTkaN SeMuLa ||::

Syeikh Yusof Qordhawi menyatakan bahawa umat Islam harus menghidupkan kembali kewajipan jihad untuk membebaskan wiilayah Palestin di bawah kuasa Zionis.Kemerdekaan Palestin mesti dibayar dengan daradh dan kita tidak boleh meninggalkan Palestin berjuang sendirian dan setiap muslim harus memainkan peranan masing-masing dalam mendukung saudara semuslim kita di Palestin.

sumber: era muslim

::|| iSu sEMaSa iTu PeNTiNg ||::

Hampir 3 bulan saya tidak membeli majalah dan surat khabar kegemaran iaitu Lewaa Islami,Majalah Mujahid,Akidati,Majalah Al Azhar dan Shoutl Azhar.Hari ini saya pulang dari kuliah dan terus membeli ditempat kedai berhampiran tempat menunggu bas.Moga istiqomah untuk hari seterusnya.Pesanan untuk diri saya.Kalau beli jangan baca tajuk je.Baca isi tajuk sekali.~Muhasabah~

Selasa, 12 Oktober 2010

::|| iNdoMie mErBahAya, AdE BaHAn pELiK diTEmUi !!! ||::

Biro Kesihatan Taiwan mendapati Indomie dari Indonesia mengandungi bahan pengawet utama yang digunakan dalam kosmetik.

Laporan pemeriksaan rasmi diterima kelmarin, terkejut apabila

Isnin, 11 Oktober 2010

::|| ToLoNg NaSiHaT KeRaJaaN : MaNsUhKAn KoNsErT 'GaY' 14 OcT 2010 ||::

Rasulullah saw bersabda bahawasanya :
Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah swt melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” 


Tidak ada (riwayat ) dari Baginda saw yang menyebutkan bahawa Baginda saw melaknat pelaku zina sebanyak tiga kali dalam satu hadith.


Antara aksi Adam Lambert
Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja

Ahad, 10 Oktober 2010

::|| wArGa PaLesTiN Di uSiR dLm KeADaaN TiDak bERPaKaiAN ||::

Tentera rejim Zionis memaksa penduduk petani dipekampungan Thoulkarem di utara Tebing Barat berbogel ketika dipaksa meninggalkan perkampungan mereka.

Sabtu, 9 Oktober 2010

::|| aL-QuRaN ||::

"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat Abu Dawud)

::|| MaHaSiSWa LaWaN AUKU,RaKYaT pErLu BuKa MaTa ||::

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan bahawa saman pemula empat mahasiswa UKM untuk mencabar Auku baru-baru ini ditolak, saya sudah menjangkakan keputusan itu.
Saman itu diketuai oleh saudara Hilman Idham bersama tiga rakannya yang lain, mahasiswa jurusan Sains Politik, UKM. Sewaktu mula-mula membuat keputusan untuk mencabar kerajaan, saya pernah memberitahu Hilman bahawa untuk mencapai kemenangan agak samar.


Saya kenal benar dengan Hilman. Beliau adalah Presiden Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang turut bersama-sama kami GAMIS dan

Jumaat, 8 Oktober 2010

::|| sELaMaTkaN MuSLiMaT PaLEsTiN !! ||::

Negara-negara Arab yang mencecah lebih 50 buah negara lansung tidak pernah mempamerkan sensitiviti yang serius ke atas kekejian Israel terhadap warga Palestin.


Melihat kepada wanita Palestin seringkali di eksploitasikan oleh rejim Zionis yang tidak pernah

Rabu, 6 Oktober 2010

::|| pENyaiR TerKeMuKa iSrAeL ||::

Natan Zach merupakan salah seorang penyair terkemuka di Israel menyatakan hasratnya ingin bergabung tenaga dengan Armada Gaza untuk menrobos sempadan Gaza.Beliau juga berkata " Kalau saya ahli renang yang handal,saya akan berenang menuju ke Gaza ."  

Selasa, 5 Oktober 2010

::|| HaRi Ni 6 oCToBeR ||::

PMRAM menderma sebanyak 500 pound kepada Kerajan Mesir atas kemenangan . mereka dalam peperangan tiga serangkai (Inggeris-Perancis-Israel) yang disampaikan oleh Yang DiPertua PMRAM kepada Dr Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar.




Peperangan ini juga dinamakan sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan dalam bulan kebesaran Islam – Ramadhan. Ia berlaku pada 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973.

Sabtu, 2 Oktober 2010

::|| MuHamMad NaBiKu ||::




Penyanyi : Haddad Alwi (feat. Anti & Ebith Beat A)
Album : Muhammad Nabiku (2010)
Judul lagu : Rindu Muhammadku


Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Balig ma Qaasidana
Waghfir lana ma ma dha
Ya wasi al karami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails