Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 26 Jun 2010

::|| tArBiaH MaKaNaN RoHaNi ||::

Pentarbiahan demi pentarbiahan dilalui.Tarbiah bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.Sungguh beruntung bagi mereka dikalangan kita yang tidak lekang dengan tarbiah.Tarbiah itu penting kerana menjadi salah satu makanan rohani kita untuk lebih dekat diri kita kepada Al-Khaliq.

Allah s.w.t berfirman:
''Dan orang-orang yang berjihad dalam membela agama kami,maka pasti akan kami tunjukkan mereka itu akan jalan kami dan sesungguhnnya Allah itu beserta orang-orang yang berbuat baik'' [[ Al-Ankabut:69]]

Allah s.w.t berfirman:
''Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu,ianya pasti akan mengetahuinya''
[[ Al-Zalzalah :7]]

Setiap hari kita dihidangkan dengan jamuan kelalaian dan setiap hari juga kita diselangi sengan kesedaran lantas apabila lahirnya kesedaran tanpa diundang,maka secara tidak lansung rintih penyesalan menyelubungi.Namun apa yang perlu kita sedar bahawa kesedaran yang hadir pada awal waktu lebih baik daripada akhir-akhir waktu.
Saya tidak mahu membawa cerita sejarah islam,kerana kadang-kadang manusia mutakhir ini,bila dilontarkan hujah dan golongan orang kafir,baru wujud rasa kepercayaan.Saya tidak katakan semua begitu cuma KEBIASAANNYA.


Seperti contoh yang boleh kita ambil ialah solat dari segi saintifik .Rasulullah s.a.w.
dah pun menerangkan fadilat-fadilat solat tetapi apabila golongan kafir sendiri yang membuktikan mukjizat solat.Kita selaku orang islam,barulah handak membuka mata dan mempercayainya.Segelintir dari kita ini, sejarah islam  tidak mahu dikaji,sedangkan bertaburan cerita perjuangan golongan cedakiawan ,profesional dan intelektual dalam menegakkan kebenaran.Antaranya seperti Imam As-Syafie,As-Syahid Imam Hassan AL-Banna ,Sayid Qutb,Sayid Hawa dan ramai lagi.

 Ingat! Syaitan pun takut lihat perangai manusia yang begitu melonggarkan perintah Allah seperti meninggalkan solat kerana syaitan pernah berkata , dia dilaknat oleh Allah sehingga akhir zaman hanya kerana tidak mahu tunduk kepada  Nabi Adam yang dijadikan tanah berbanding dirinya dari api.Sedangkan manusia sekarang lebih dekat denganNya ,melanggar terus perintah Allah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.

Sesungguhnya dunia islam hari ini jauh dari pelaksanaan hukum Allah .Umat islam diperkotak-katikkan oleh musuh-musuhnya.Perhatikan disekeliling kita,umat islam semakin disorong bantal empuk biarpun dibakulsampahkan oleh musuh-musuhn islam.Duyuful kiram, sama-samalah kita berdoa agar perancangan-perancangan dan anasir-anasir jahat terhadap addinul islam dimusnahkan dan dihancur leburkan oleh Allah.Ayuh!teruskan perjuangan kalian.Jangan gentar apabila dimomok-momokkan dengan pelbagai tribulasi.Hadapinya dengan tenang dan sabar.Dari Abi Hurairah dari Nabi s.a.w sabdanya:'' Masuklah kedalam syurga itu para kaum yang hatinya seperti hati burung'' [[ Riwayat Muslim]]
Ertinya ialah: Bahawasanya mereka itu sama bertawakal .Juga diertikan:Bahawasanya mereka itu dikalangan lemah lembut.

Allah s.w.t berfirman :
'' Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan'' [[Al-Baqarah-148]]

Semoga duyuful kiram mendapat impak dan benefit di dalam penulisan saya pada kali ini.Dari Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: ''Setiap perbuatan baik itu merupakan sedekah''Diriwayatkan oleh Imam Bukhari juga diriwayatkan oleh imam Muslim dari riwayat Hudzaifah r.a.

bahan rujukan :
Tafsir Alquran
Riyadus Solihin

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails