Rabu, 30 Jun 2010

::|| BuMi & TaNah TaK tRima KaMaL aTarTuK TaPi MaLaYSia MEnYaNjUngINya!!!! ||::

TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.

Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita.

Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata.

Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.

Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat
disayangi rakyatnya, berjaya mengubah sistem sosial Turki terutama dalam membuka peluang kepada wanita.

Tokoh Revolusi Turki

Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki itu, dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Greece dan memulakan kerjayanya sebagai seorang askar.

Setelah kejatuhan Empayar Ottoman, beliau mengetuai Pergerakan Turki Nasional dalam peperangan untuk mencapai kemerdekaan dan membuat pembaharuan pada sistem politik, ekonomi dan budaya negara ini.

Ketua Pengarah Hal Ehwal EU di Kementerian Perdagangan Luar Turki, Husnu Dilemre berkata, Attaturk merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.

"Beliau merupakan pengasas Turki dan hero kami.

"Kami merupakan negara yang pertama di Eropah dan dunia yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi orang pilihan mereka. Negara Eropah lain yang dikenali kononnya menegakkan hak asasi manusia sebenarnya mengikut jejak Turki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Dilemre berkata, perubahan bukan sahaja dapat dilihat menerusi kemajuan golongan wanita malah ia turut meningkatkan tahap pendidikan serta menerapkan nilai demokrasi.

Selain itu, revolusi yang dibawa Ataturk turut merubah struktur pemerintahan Turki dari sebuah empayar menjadi sebuah republik.

Pesanan Ataturk yang dipegang hingga kini

Pendidikan ketika itu antara fokus utama Ataturk.

Beliau mahu melihat golongan wanita bukan sahaja pandai menjaga anak-anak, membuat pakaian dan menguruskan rumahtangga malah dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya yang menyeru wanita supaya bekerja keras untuk menimba ilmu.

"Wahai wanita: menangilah peperangan menerusi pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh kau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kepada kamulah, kami merayu.

"Kepada lelaki: sekiranya golongan wanita tidak dapat berkongsi dalam perkembangan sosial negara, nescaya kita tidak akan mencapai pembangunan sepenuhnya. Kita akan kekal ketinggalan dan tidak berupaya untuk melayan atas syarat yang sama dengan tamadun Barat," kata Ataturk ketika itu.

Mengenangkan sumbangan besar beliau kepada negara, setiap tahun pada 10 November dan tepat pukul 9.05 pagi, seluruh negara akan berdiam diri dan semua kenderaan akan berhenti selama seminit bagi menghormati pemergian beliau pada tahun 1938.

Kejayaan wanita Turki


Ataturk percaya wanita perlu diberi hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin kerana demokrasi menetapkan ada kepentingan yang perlu wanita pertahan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan.

Ini terbukti apabila beliau mengumumkan pada 5 Disember 1934 bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita.

Tindakan itu ternyata lebih awal berbanding beberapa negara Eropah yang lain.

Selain itu, hak sama rata untuk wanita dalam perkahwinan turut diwujudkan.

Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita yang prolifik antaranya Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki; Sabiha Gokcen, juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali, doktor wanita pertama di Turki.

Ataturk sumber inspirasi


Sabiha Gokcen, wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia juga ialah anak angkat kepada Ataturk.

Ataturk yang pada ketika itu mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang, mendorong minat Sabiha untuk menceburi bidang itu yang dimonopoli golongan lelaki.

Sepanjang kariernya bersama Tentera Udara Turki, Sabiha berjaya menerbangkan sebanyak 22 pesawat dan mencatat jumlah jam penerbangan sebanyak 8,000 jam, yang mana 32 jam melibatkan pertempuran aktif dan misi pengeboman.

Selain itu, beliau juga berjaya melatih empat juruterbang wanita di bawah didikannya.

Sehingga kini, namanya disebut seantero dunia dan merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang dipilih untuk poster 20 juruterbang terhebat dunia yang diterbitkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1996.

Harapan generasi muda

Ketika berada di ibu kota Turki, penulis sempat berkenalan dengan Ayse Denknalbant, pelajar tahun akhir kedoktoran bidang Arkeologi di Universiti Istanbul dan bertanyakan perasaannya tentang tokoh itu.

Ayse menyifatkan perubahan yang dibawa Ataturk, bukan sahaja membawa kemajuan kepada republik ini, tetapi seluruh strata sosial Turki sehinggakan golongan wanita ketika itu yang agak terbatas pergaulan dan tingkah laku, berjaya keluar dari kepompong itu.

"Bagi kami, perubahan yang dibawa membuka peluang yang luas bagi kami untuk mempelajari dan meneroka bidang yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki," kata pelajar berusia 32 tahun itu.

Katanya, sebagai negara Islam, Turki boleh berbangga kerana pembangunan yang dicapai setakat ini turut disumbang oleh golongan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang hasil reformasi republik hampir 80 tahun lalu.

Walau apa pun bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melupakan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Sambil memetik kata-kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki: "Wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi, tetapi ciptaan Allah yang istimewa."

Itulah kekuatan wanita Turki, yang ironinya lakaran kejayaan mereka bermula daripada usaha seorang lelaki -- Mustafa Kemal Ataturk. - Bernama

************************************************************************

ANTARA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN ATARTUK

1. Membenarkan perempuan memakai tudung dengan memakai skirt.
2. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengimport para arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung dan tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
9. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
10. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada masjid dijadikan gereja.
13. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17. Mengganggap dirinya tuhan seperti firaun. Pernah salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.




KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

1. Mendapat penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Ketika mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Akhirnya, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

3 ulasan:

  1. sy penah dengar cerita mengenai kamal atartuk tetapi tidaklah begitu jelas berbanding dengan entry ni..x)
    mekasih..

    BalasPadam
  2. Mustafa Kemal adalah penghianat terbesar dalam Islam.. yang menjadi aneh adalah sebagian dari umat Islam ada yang begitu membanggakan mereka.. di Indoensia sendiri seperti yang dilakuan presiden soekarno pada masa lalu.. sangat menyakitkan umat Islam...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails