Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 6 Jun 2010

::|| jOm TRY!! - AyAm GoReNg aLa-aLa KFC ||::


Assalamualaikum duyuful kiram.Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang gemarkan makan makanan segera seperti ayam KFC.Sahabat boleh buat sendiri kat rumah cara membuat ayam goreng ala-ala KFC.Resepi ini di ambil dari http://mas-dapurmas.blogspot.com/

Bahan untuk perap ayam :
  • 8 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa 
Bahan untuk tepung :
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 cawan tepung beras pulut ( mas guna 2 cawan tepung jagung sebab tak de tepung beras pulut )
  • 3 ulasn bawang putih ditumbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit baking powder
  • secubit serbuk perasa
Cara - cara :
  1. Perap ayam dengan bahan - bahan perapan selama 1 jam. ( mas perap semalaman )
  2. Campur semua bahan - bahan untuk tepung dalam 1 bekas.
  3. Celup ayam yang diperap dengan telur yang dipukul sedikit.
  4. Salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak hingga garing. ( mas goreng dalam periuk dengan minyak melepasi ayam , api perlahan dan tutup periuk dalam 20 minit )
  6. Toskan minyak dan sedia dinikmati.

1 ulasan:

  1. boleh ditambah dgn 1/2 camb serbuk jintan dan serbuk ketumbar utk bhn tpg perap ayam.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails