Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 10 Jun 2010

::|| DoNuT kENtaNg gEBu Yg RiNgKaS ||::



Jom buat donut gebu,sedap dan murah perbelanjaan.Saving sikit duit dari beli kat kedai.Apa kata duyuful kiram cuba try test resepi donut di bawah ini.Buat sendiri lagi puas hati.Jauh dari syubhah.

Bahan :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis - mas satukan dengan susu suam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin / butter
  • 1 cawan kentang rebus - lenyek hingga halus
  • 1 sudu teh garam
Cara - cara :
  1. Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang lenyek sehingga rata.
  2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan gula dan garam, tuang ke adunan tepung, gaul sebati.
  3. Tuang susu suam yang bercampur dengan yis dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Biar doh naik 2 kali ganda.
  5. Kemudian tumbuk untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan doh bulat2 dan leperkan sedikit, biar naik lagi...bila nak goreng baru lubangkan tengahnya.
  7. Goreng hingga donat berwarna coklat2 dengan api perlahan.
  8. Angkat dan toskan...salut donat dengan gula halus.   


    sumber:http://mas-dapurmas.blogspot.com/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails