Khamis, 3 Jun 2010

::|| iLMu BaRu ||::

Assalamualaikum duyuful kiram.Khususnya ditujukan kepada sahabat-sahabat diperlembahan Nil.Semoga lebih tabah melalui liku-liku onak duri menghadapi perbagai tribulasi ,baik dari sudut keletihan mentelaah kitab untuk imtihan atau pun menjadi salah seorang PEMIKIR yang mana ianya merupakan satu liabiliti sebagai seorang penuntut ilmu dan sebagai hamba Allah,apabila di lihat kondusi umat Islam yang terdekat ini ialah konvoi pejuang-pejuang Islam ke Palestine.Betapa Zalimnya Zionis terhadap saudara-saudara kita yang dibunuh dan diserang.
Tapi kita perlu ingat bahawa serangan yang di lemparkan itu hanyalah mainan psikologi zionis terhadap kita supaya tiada siapa yang berani menghantar lagi bekalan dan bantuan kepada saudara kita di Palestine.MAKA,jangan kita terpedaya dek serangan psikologi zionis, tunjukkan semangat JIHAD kita....ALLAH suruh kita berJIHAD walau
apa cara sekalipun, menentang mereka yang mencemari kesucian islam.
Untuk sahabat-sahabat yang sedang menjalani imtihan ,moga kalian dapat menjawab dengan tenang.Bagi yang balik cuti selepas imtihan ini, jangan lupa salurkan tenaga dan idea-idea kalian untuk jalan dakwah.Join program serta usrah yang dianjurkan.Senang cerita, sabahat join Pas kawasan sahabat-sahabat.hehehehhe (tibe2 teringat pula kenangan bersama jemaah di Jb) .

Erm...entry kali ini hanyalah selingan dan saya masih dalam proses penulisan untuk entry yang akan datang.Hari ini saya baru dapat satu ilmu yang hendak di kongsikan bersama duyuful kiram.Walaupun ianya perkara biasa tapi bagi saya ianya adalah satu ilmu baru yang saya perolehi pada hari ini.Saya dapat hasilkan banner blog .Agak lama saya mahu mencari dan mendalami bagaimana nak letak posting kode banner di blog untuk disebarkan kepada blogger sekalian.

Photobucket


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails