Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 20 Jun 2010

::|| SeNaRai 9 SyUHaDa MaVi MarMaRa BeSeRtA GaMBaR ||::


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:



1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of

Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.


5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.



6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.




7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.



 

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.


9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.



Admin: Stiap jiwa yang berada dalam perjuangan tidak akan mengenal istilah tekanan,tidak akan mengenal istilah ugutan,tidak akan mengenal istilh kesakitan,mereka berada dalam penuh kesyukuran,tetapi hati mereka terubat dengan janji-janji Allah,menjanjikan hamba yang utuh berjuang dengan balasan syurga,Inilah janjinya yang benar,Bekerjalah Untuk ISLAM

 sumber: Harakah Daily

1 ulasan:

  1. Semoga Allah berkenan menempatkan para syuhada ditempat terpuji disisiNya dan melindungi keluarga yang ditinggalkannya serta menjadikan penyemangat bagi saudara-saudara mosleem sedunia.

    Selamat jalan wahai para syuhada,
    Bidadari sudah menunggumu.
    Tak usah risaukan keluarga yang kau tinggalkan.
    Aku dan saudara-saudara mosleem akan mengurusnya.
    Tugasmu sudah selesai,
    Kini engkau tinggal menikmatinya,
    Tuk slamanya.....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails