Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 21 Jun 2011

PAS bukan sebuah parti mullah

PAS bukan sebuah parti mullah yang pemimpinnya mestilah di kalangan ulama semata-mata sebaliknya ia perlu bergabung dengan para aktivis parti.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 yang memperlihatkan sebahagian besar terdiri daripada kalangan profesional.

"Apa yang paling menarik di kalangan pemimpin PAS ialah walaupun pada zahirnya golongan ini bukanlah bergelar Ulama' tetapi mereka ini mampu untuk berperanan dalam bidang agama," ujarnya pada satu sidang media pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 hari ini.


Jelasnya, senario yang sedang berlaku membuktikan proses mengulamakkan golongan profesional dan memprofesionalkan ulama'.

Ketika menjawab persoalan mengenai perubahan dalam kepimpinan PAS mempengaruhi dasar parti, beliau menafikan perkara demikian dengan tegas.

"Perubahan kepimpinan tidak akan mengubah dasar parti kerana PAS tidak akan mengubah dasarnya sampai bila-bila.

"Yang mungkin berubah ialah strategi dan pendekatan dalam menyampaikan mesej perjuangan Islam kerana kita perlu bersedia untuk berubah," katanya lagi.

Perkara tersebut tambahnya membuktikan PAS kini tidak lagi eksklusif dan lebih inklusif mendepani cabaran masa depan.

"Ini bukan masanya untuk mempersoalkan siapa yang dilantik kerana ia dipilih atas kepercayaan para perwakilan," tegasnya.

Sementara itu, Nasrudin turut menyangkal dakwaan Perdana Menteri bahawa orang muda kini lebih menyokong Umno dengan hanya merujuk kepada program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia baru-baru ini.

"Menurut maklumat, mereka yang hadir hanya berjumlah kira-kira 10,000 orang sahaja dan bukanlah sejuta seperti yang diuar-uarkan.

"Malah dalam satu program Himpunan Pemuda yang diadakan di Kedah, lebih 30,000 orang pemuda hadir selain berjaya mencatat rekod 100 kali khatam al-Quran," jelasnya.

Justeru, beliau memohon agar penilaian yang dibuat Najib perlu lebih menyeluruh dan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails