Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 24 Jun 2011

Kuningkan bumi Malaysia pada 25 Jun dan 2 Julai

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.

"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.

Kemeja-T BERSIH 2.0 sedang dijual tetapi dalam kejadian semalam, seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dan diminta memberi kenyataanya berhubung penjualan baju berkenaan.

Menurut ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie, ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.


"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.

Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.

"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails