Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 4 Jun 2011

Usrah, Study Dan Jongkang-Jongket

Mari refleksi diri dan artikel ini benar-benar memberi kesan pada diri penulis.Moga bermanfaat pada pengunjung blog ini......Jom Tadabbur.....

                                              ********

Lia, jomlah pergi usrah.
Lia, jomlah gi surau, berjemaah.
Lia, jomlah dengar ceramah.
Lia, ummah semakin koyak..
Marilah Lia, semampunya kita bangkit mengubah.



Aku tidak mahu.
Aku nak study.
Markah semester lepas dah cukup teruk.
Gara-gara dakwah dan program itu ini.
Aku menyesal mengikuti semuanya.
Argh,..bosan!!
Program, persatuan, tafaqquh, ceramah.. (*ringkasan : dakwah)
Hei kawan, bukan ke islam tu syumul..
Kalau nak berjaya, kena study.. Bukan sibuk ke sana ke mari.
Waktu study, studylah. Esok kalau dah berjaya, dah dapat kerja..
Aku buatlah kerja dakwah tu.
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku..
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam.

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang-jongking.

Jongkang-jongking?
Apa kau merepek ni??

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang-jongking.
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah.
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.
Tu bukan dakwah namanya.
Dan tu bukan belajar namanya.

Habis tu?

Hmm, dakwah dan
pelajaran kena berkadar terus.
Tak boleh bergerak menyongsang.

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah,
dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya.

Aku tidak faham.

Ok..sini aku terangkan.
Macam ni, bila dah berdakwah tu..
Rasa senang je nak study.
Bila belajar tentang mitokondria misalnya,
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria.
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri.
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta.

Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah.
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah.
Rasa senang hati nak terima ilmu.
Kalau orang lain study 1 jam,
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja.
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu.

Errr... aku tak pernah rasa semua itu.
Oh.. habis tu, kiranya selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program, persatuan, ceramah, semua-semua tu
tak ikhlas??

Tak, itu bukan maksud aku Lia..
Cuma kita kena selalu check hati..
Waktu buat kerja dakwah tu, Ada tak berlaku tarik tali dengan Allah..

Tarik tali dengan Allah?

Misalnya waktu buat kerja dakwah tu..
Terdetik tak kat hati , “Banyak lagi yang tidak habis belajar”
Terlintas tak kat hati, “Assignment banyak lagi”
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah,
Ada keraguan dalam hati.
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah..
“Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya.”
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar pun dengan usaha dan hati kita!
Kita berusaha berbuat kerja-kerja dakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah! Kita berdoa, tapi tiada kesungguhan dalam doa kita!

Lia dah faham.
Lia kena banyak muhasabah.
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk..
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah.

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan:
"Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, Aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam"

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku.
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri..
Pelajaranku, kegiatan dalam persatuan, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,
Segalanya adalah dakwah.
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.

(Tertunduk..)

Lia,
Aku akui, untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.
Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan daripada pengikutnya.

Lia,
Aku ingin berkongsi kisah,
Moga kisah ini dapat kita renungkan bersama,
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik dalam pelajaran. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.


Namun Lia, dahulunya dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah –“ Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.”

Lalu Allah menyedarkan dirinya melalui suatu kisah sahabat Nabi s.a.w. yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain.

Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.”

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Yakin pada kebaikan yang Allah hulurkan kepada kita dalam segenap situasi.

Lia,
Izinkan aku bercerita lagi..
Aku teringat email yang pernah aku terima daripada seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hatiku. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak cantik, tidak mempunyai figur yang menarik dan tidak tinggi.

Namun, satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah - Maha Suci Allah yang menciptakan dirinya sebegitu. Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya.

Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatannya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.

Lia,
Sejarah menunjukkan kita bahawa fizikal dan rupa bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Makhtum. Dia sahabat Nabi s.a.w. yang buta matanya. Namun, dia mahu membawa panji bendera Islam ketika berperang. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menenmui mayatnya menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat.
Bergerak menggunakan bantuan kerusi roda.

Tapi apa yang telah beliau lakukan?

HAMAS berdiri dengan izzah! Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!

Kalau rakyat Palestin dengan segala KETERBATASAN,
Merasa izzahnya Islam dengan membaling batu,
Apalah kiranya kita dengan penuh KESELESAAN,
Meraihnya dengan berhalaqah membina iman dan ilmu.


sumber: IMPI

2 ulasan:

  1. salam.
    tq atas kunjungan.
    moga-moga saling beroleh manfaat.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails