Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 2 Jun 2011

Muslimat siap sedia perintah Kerajaan

SHAH ALAM, 2 Jun - Perwakilan DMP Kawasan Wilayah Persekutuan menggesa pimpinan muslimat agar menyiapkan diri untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan pusat yang sedia ada.

Teh Izanuri dalam ucapan penggulungannya tadi menyatakan muslimat perlu mengubah corak berfikir seorang pembangkang kepada corak berfikir sebagai pemerintah.

“Muslimat perlu mengubah sikap suka mencari kesalahan kepada menumpukan usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan rakyat,

“Pimpinan muslimat juga perlu bersiap sedia untuk menjadi pemimpin bukan hanya kepada parti, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh masyarakat, juga tidak kekok bergaul dengan pelbagai peringkat dan kaum,” tambahnya.

Beliau menyimpulkan persediaan dan perancangan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan satu perjuangan itu.

sumber: MUKTAMAR57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails