Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 22 Jun 2011

3 khabar gembira membawa isyarat keruntuhan Zionis

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya menegaskan bahawa terdapat berita gembira yang membawa isyarat  keruntuhan Zionis semakin dekat.

“Bangsa Palestin memperingati Nakba pada tahun ini denga penuh harapan supaya berkahirnya projek Zionis di Palestin,” kata Ismail Haniyya dalam pidato beliau kepada sekitar 10, 000 ahli jemaah di Masjid al Omari, Gaza City.

Kata beliau, ketika bangsa Palestin sedang memperingati 63 tahun peristiwa yang menimpa mereka (Nakba,) terdapat perubahan jelas yang akan membawa kepada keruntuhan projek Zionis di Palestin serta kemenangan bagi ummat. 3 isyarat runtuhnya Zionis itu adalah

1. Rekonsiliasi
Salah satu perubahan penting yang membawa tanda-tanda keruntuhan Zionis adalah apabila berlangsungnya rekonsiliasi Palestin, sekaligus persetujuan kefahaman Mesir. Kesatuan bangsa Palestin merupakan salah satu dasar penting untuk merealisasikan kemenangan dan kebebasan serta kembalinya pelarian Palestin ke tanah air asal mereka.

2. Revolusi dunia Arab
Perubahan politik serta revolusi yang melanda dunia Arab merupakan strategi terpenting yang akan membawa kepada kehancuran Zionis. Revolusi yang berlaku hari ini lahir daripada kehendak rakyat, satu keinginan sebuah bangsa yang sudah lama terpendam. Hari ini mereka meraih kebebasan untuk mengungkap keinginan tersebut, setelah sebelumnya mereka terkongkong. Revolusi ini tentu akan membawa pengaruh besar terhadap sebahagian besar permasalahan Palestin.

3. Kesedaran bangsa Palestin dan kaum Muslimin
Pemahaman dan kesedaran yang tinggi rakyat Palestin khususnya dan dunia Islam umumnya juga membawa petunjuk akan berakhirnya Zionis. Golongan muda hari ini tidak lupa kepada sejarah dan tanggungjawab mereka, walaupun generasi terdahulu mungkin sudah tiada. Malahan dua kali intifadah sebelum ini telah digerakkan oleh bangsa Palestin yang lahir di bawah penjajahan.

Selain itu, sejumlah gerakan dan perubahan yang terjadi di dunia Arab dan Eropah juga menunjukkan perhatian masyarakat dunia terhadap permasalahan di Palestin semakin tinggi. Sebagai contoh, negara Jerman menolak pendudukan Israel di bumi Palestin dan menyeru kepada penyatuan Palestin.

Semoga kita juga menjadi sebahagian daripada mereka yang meruntuhkan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan bumi Palestin dan Masjid al Aqsa daripada kerakusan mereka.

sumber: Sumber Palestin

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails