Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 3 Jun 2011

Cabaran Pemuda Dekati Golongan Muda

GOMBAK, 3 Jun - Perubahan secara demokrasi terkini boleh berlaku dengan perubahan undi penentu, sebahagian pengundi baru adalah daripada kalangan muda.

Golongan ini juga mempunyai jumlah besar dan menjadi undi penentu dalam pilihanraya akan datang.
Justeru itu, Presiden PAS menyeru Dewan Pemuda memainkan peranan mereka mendekati golongan ini.

"Peranan pemuda hendaklah dengan cara menjinakkan bukan meliarkan, dengan bahasa menarik dan mudah difaham, cara yang menghidup dan meriah, sesuai dengan sifat golongan muda yang cergas, sihat dan bersemangat,

"Supaya sifat itu dimanfaatkan untuk menyelamatkan masa depan mereka dengan menyelamatkan negara melalui perubahan islah," katanya dalam ucapan dasar perasmian muktamar pagi tadi.

Tambahnya, penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda yang sudah melangkaui enam tahun itu juga perlu diperluaskan peranannya.

"Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh.

"UMNO lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai," jelasnya lagi.

sumber: MUKTAMAR57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails