Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 31 Oktober 2009

:: ovErsEa vs ovErsEa ::

Salam ceria buat duyuful kiram.Kali ini entry saya ialah wish untuk abang saya (Zainuddin bin Ambok Dalek) yang akan berangkat ke Macau,China pada hari khamis ini kerana ada urusan pekerjaan sedikit untuk diselesaikan.Apabila saya usulkan bagaimana akak(kakak ipar) dan iman(anak abang)? Kalau diikutkan hati abang din, mahu saja abang din bawa family nya.. tapi memikirkan hadaf destinasi ke sana untuk menyelesaikan sedikit urusan pekerjaan, maka pengorbanan itu harus juga di utamakan..walaupun tidak lama tapi seperti setahun tak berjumpa kerana kasih sayang yang disulam dengan cinta sejati bersama isteri dan anak membuat rasa rindu tak keruan meninggalkan mereka..Wish untuk kak ila.. "sabar ye kak.. sekejap je"hehhehe

Anak ibu ada di Egypt,China dan Malaysia..siapa yang kat malaysia??? pak usu iman (haziq)hehehhe..Seorang anak ibu pergi mencari rezeki. Seorang anak ibu pergi menuntut ilmu.Dan seorang anak ibu baru nak mengenali dunia persekolahan tak lama lagi iaitu alam tadika.Semoga bermulanya titik permulaan persekolahan anak ibu yang kecil ini mendapat ilmu yang bermanfaat yang bakal berbakti kepada masyarakat demi addinul islam dan negara.Amin...Jutaan terima kasih tak terhingga buat ibu abah yang mendidik dan mengasuh kami dari kecil hingga lah ke saat ini.Buat abang din... Selamat berangkat ke Macau,China.Semoga berada didalam lindungan Allah sentiasa sepanjang musafir.Kalau pergi Disneyland,jangan lupa ambil gambar banyak-banyak.hehehhehe

Sedikit history yang dapat dikongsi bersama....


:: MACAU ,CHINA::

Panorama Macau,China

Hotel abg din menginap -Hotel Vetinian-


Tempat meeting abg din kat Hotel Vetinian

Macau diduduki Portugis pada tahun 1557, tidak lama selepas menawan Melaka pada tahun 1511 dan Timor Timur selepasnya. Bermula pada tahun 1670, Portugal menyewa kawasan ini daripada maharaja China. Tiada pindah hak milik pada masa itu. Macau berkembang sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China dan cuba dikuasai Belanda secara berkali-kali pada abad ke 17.Selepas Rumah Braganza menawan semula Portugal daripada tangan Pemerintah Sepanyol Habsburgs pada tahun 1640, Macau dinobat sebagai Cidade do (Santo) Nome de Deus de Macau .Motto "Tiada lagi yang lebih setia" diberi sempena membalas budi baik Macau yang tetap setia kepada pemerintahan Raja Portugal dan tidak mengiktiraf pemerintahan Sepanyol yang sebelum itu berjaya menawan dan menanluki Portugal. Secara realitinya pemerintah Hasburgs bukannya boleh mengubah keadaan ini pun kerana ia pada masa itu sibuk menghadapi peperangan-peperangan di Eropah. Tambahan pula, kegagalan Belanda menguasai Macau membuktikan bahawa Macau bukanlah bandar yang mudah ditumpaskan.

:: EGYPT ::

panorama di Cairo,Egypt

Spinx di Giza

di Aswan,Egypt

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.



:: MALAYSIA ::

Kuala Lumpur , Malaysia

Bandaraya Kuala Lumpur

Tambak Johor (Johor bahru-Singapore_causeway)

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.

**Bahan rujukan dari Ensiklopedia bebas**

Jumaat, 30 Oktober 2009

:: di paGi JuMaaT ::

gambar di ambil dari blogger syabrah ubaidah

Salam sayyidul ayyam buat duyuful kiram di segenap pelusuk negara exspecially di malaysia dan egypt...ERmmm pagi sesalju embun yang menggigit gigit kulit muka saya yang menunjukkan musim sejuk sudah pun tiba..Terasa sejuk jika dibandingkan semasa saya stay di cairo pada bulan jun hingga september iaitu ketika itu musim panas, bahang kepanasan begitu terasa.Seolah olah seperti berada dalam pembakar yang mane sewaktu tu cairo suhu kepanasan pernah mencecah 48 darjah celcius..Ermmm MasyaAllah Tabarakallah sedar tak sedar dah masuk musim sejuk da...Errmm tiga hari lepas dari tarikh entry saya ni.. mansoura dilanda hujan ais...hujan yang membasahi bumi mansurah dengan rintikan rintikan ais.Tapi ade sahabat saya cakap ni bukan hujan ais tapi hujan batu.heheheh,mana-mana boleh.Betapa agung kejadian yang di ciptakan oleh Allah.Saya bersama housemate saya sempat mengutip ketulann ais yang tempias di balkoni bilik saya.Ermm lantas tiba-tiba hati dan kotak fikiran saya tertanya-tanya ketulan bujur ais tu pasti mempunyai delusi yang tersurat dan tersirat yang mana menyuruh kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t.Lakaran-lakaran yang terbentuk yang mempunyai imagery yang tersendiri lantas menghasil kan ilutrasi dari kotak fikiran saya yang dapat saya gambarkan.Lamunan terhenti apabila terdengar riuhan housemate yang tidak putus putus menikmati ketulan ketulan ais di balkoni saya..


tampal nana selagi boleh tampal.hehehehe

Ermmm memandangkan hujan da mula turun.. Rentetan itu juga,kuliah juga dah semakin rancak dan imtihan juga dah semakin dekat.. ayuh sahabat-sahabat,kita tajdidkan niat kita agar walaupun sedikit amalan yang kita lakukan ini,moga moga di nilai oleh Allah dan dipermudahkan urusan menuntut ilmu di bumi anbiya'.Jika kita mencari ilmu kerana semangat,apabila semangat itu hilang maka,ilmu itu juga akan hilang bersama semangat,jika kita mencari ilmu kerana manusia,apabila manusia itu mati,ilmu itu juga akan mati bersama-sama manusia yang mati,tapi apabila kita mencari ilmu kerana Allah Taala , ilmu itu akan kekal kerana Allah Taala akan kekal selama-lamanya.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.Ingat... ujian itu satu tarbiah dari Allah.Salam perjuangan dari saya...

Selasa, 27 Oktober 2009

::iBu pEsaN ::



ibu pesan :: belajar ada dua cabang:
pertama adalah belajar untuk ilmu,tidak kira lulus atau tidak, dan yang kedua ialah belajar mahukan sijil,bile gagal pening kepala.Jadi anak ibu fikir sendiri tapi jangan sampai tidak dapat kedua-duanya.Ingat...peluang belajar di mesir hanya sekali sahaja.MANFAATKANLAH..





ibu pesan :: belajar rajin rajin,ibu yakin anak ibu boleh,duit boleh kita cari,ilmu sukar kita dapat.Siang malam abah ibu berdoa berjaya... berjaya.... berjaya... AMIN...





Dalam kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat,hingga kita terduduk dan menangis.Peritnya terasa dan ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana ..... mungkin airmata itu hadir kerana dia mahu menjahit sejadah iman yang kian koyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.Semoga tabah dan tetapkan iman

:: MATAN ARBAIN IMAM NAWAWI (AL WAFIY) - HADIS 18 - ::


TAQWA DAN BERAKHLAK MULIA


عن ابي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن


Daripada abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu`az bin Jabal r.a daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda :"Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada.Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaulah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan beliau berkata :"Hadis ini adalah hadis hasan".Pada setengah salinan disebut sebagai hadis hasan sahih.


MAKSUD PERKATAAN:


اتق الله:: Bertaqwalah kepada Allah
Ertinya:Taqwa pada bahasa ialah kamu mengambil pencegah atau benteng yang dapat mencegah dan memelihara daripada sesuatu yang kamu takuti.Bertaqwa itu mencegah seseorang itu dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah serta melaksanakan perintah-perintah Allah


حيثما كنت:: Dimana saja kamu berada
Ertinya: Bila-bila dimana sahaja ,beruzlah(sendirian),atau bersama-sama dengan orang lain.


أتبع:: Susulilah
Ertinya : Ikutilah dan kerjakanlah sesudahnya secara lansung.


السيئة :: Keburukan
Ertinya : Perkara - perkara yang dilakukan membawa kepada dosa.


تتمحها:: Yang akan menghapuskan kesedihan itu.
Ertinya : menghapuskan dan menghilangkannya dari kitab catatan malaikat dan tidak dikenakan apa-apa tindakan keatasnya.


خالق:: Bergaullah
Ertinya: usakanlah bersungguh - sungguh agar dapat bergaul dengan baik.


بخلق :: Dengan akhlak
Ertinya : Dengan akhlak ,tabiat dan sifat yang dapat melahirkan suri teladan yang baik.Perkataan akhlak boleh dikategorikan kepada akhlak yang baik dan akhlak yang buruk.

WASIAT ABADI:
Alangkah indahnya pemberian yang diberikan oleh kita oleh dua orang sahabat r.a. Ia adalah hadis yang telah mereka dengar daripada murabbi(pendidik)dan kekasih mereka iaitu Muhammad s.a.w .Hadis ni adalah wasiat yang besar mencakupi hak-hak Allah s.w.t dan memelihara hak-hak para hamba-Nya.

KONKLUSI HADIS:
Hadis ini jelas bahawasanya kita selaku khalifah di bumi Allah yang mana makhluk yang amat dimuliakan ini memberi pengajaran kepada kita berkaitan antara kesempurnaan iman dan sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah akhlak yang mulia dan baik ketika berbicara dan bergaul sesama manusia.Hati manusia begitu abstrak,hati manusia terlalu seni dan amat payah untuk di kuasai.Fitrah manusia ciptaan Allah lebih cenderung kepada keindahan dan tiada lebih indah daripada seindah bahasa.Justeru itu kita sebagai daie dengan berbicara boleh menjadi wasilah untuk menyebarkan dakwah islami.Maka dengan berbicara dan mempunyai akhlak yang mulia melambang kan personaliti dan suluk(gaya hidup) individual tersebut.


Saranan Rasulullah s.a.w yang paling besar dalam wasiat ini ialah berataqwa kepada Allah kerana ia merupakan himpunan segala kebaikan serta pencegah segala kejahatan.Firman Allah dari surah An-Nahl:128 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah berserta oarang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.


Taqwa kepada Allah adalah takut kepada Allah dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dan melakukan perkara ynag diperintahkan.Diantara kesempuranaan taqwa ialah menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan bercampur dengan yang haram.Sabda Rasulullah s.a.w "Barangsiapa yang menjauhkan diri daripada perkara syubhah , maka dia telah membersihkan agama dan kerhormatannya"



Tatkala seseorang itu melakukan perkara yang ditegah oleh Allah dan membawa terjerumus di dalam lembah dosa ,Dan ketika itu dia segera bertaubat disaat dia ingat dan sedar ,maka dia juga dinamakan akhlak orang-orang mukminin yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.Firman Allah dari surah Al-Aaraf:201 yang bermaksud:"seseungguhnya orang-orang yang bertaqwa,apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan mereka ingat ( kepada ajaran Allah) maka (dengan itu) mereka nampak (jalan yang benar)".


Dalan wasiat ini ,Rasulullah menyarankan kepada kita satu perkara yang boleh memperbaiki kehidupan diri kita dalam bermuamalah (berbicara) dengan akhlak yang baik iaitu dia mudah didampingi dengan orang lain,mudah disenangi,mengasihi orang lain dan orang lain mengasihinya.Mempunyai akhlak yang baik adalah method yang paling penting yang harus dimiliki setiap individual kerana kedudukan yang paling mulia disisi islam.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya".Antara akhlak yang paling mulia,ialah menghubungkan silaturrahim ,salamatus sadri(berlapang dada),murah hati meskipun terhadap orang yang bakhil terhadapnya.


Konklusi dari hadis ini ,dapatlah kita ambil fahami bahawasanya kita selaku khalifah di muka bumi yang telah ditaklifkan oleh Allah s.w.t harus mematuhi perkara perkara yang diperintahkan dan menjauhi perkara perkara yang ditegah.Semoga dengan sedikit konklusi yang tak seberapa ini ,dapatlah kita sabatkan hati kita dalam medekatkan diri kita kepada Allah s.w.t Dan semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang muflih(berjaya) sepertima mafhum dalam surah Ali Imran:104:"Hendaklah ada diantara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan,memerintahkan yang makruf, melarang yang mungkar, mereka itulah sebenarnya orang yang beruntung".

Selasa, 20 Oktober 2009

:: mY sELf ::


....kringggggggggg...kringggg......lalalalala.....jam di handset menunjukkan sudah pun tepat jam 9.00 pagi yang mana saya harus bersiap-siap ke kuliah.Pagi ini saya ke kuliah menaiki taxi.Bukan malas tau nak jalan kaki..hehehehe.Berbeza dengan invironment di malaysia,if da ada passenger dalam taxi,another passenger tak leh naik,tapi tempat saya di mansoura,Egypt,they all tak kisah,asal de kosong, boleh naik sekali.Errmmm kalau nak diikutkan , dekat je dari rumah nak ke kuliah tapi memandangkan ammu taxi (pakcik taxi) nak cari penumpang untuk menambah rezeki di awal pagi yang dingin dan tenang ni,dia pun ikut jalan jauh.Dalam masa yang sama,dapat juga saya menghirup udara segar di bumi anbiya` ini dengan kabus yang seakan akan menunjukkan tanda hampir sudah berlalu nya musim panas dan yang akan melusuri musim sejuk.Ermmm bestnyaa nak masuk musim sejuk....uppppppppsssss mengelamun pulak.Sedar tak sedar ,rupanya saya dah tiba di hadapan university.Dengan menghulurkan LE 2 junaih, lantas taxi meluncur hilang dari pandangan.Dan saya pun terus berjalan kaki masuk ke pintu pagar university dengan hati yang ceria dan perbaharui nawaitu.Kaki terus melangkah ke arah belakang kerana kuliah faculty 2nd syariah terletak di bangunan belakang aras 4.
Dan segaris senyuman lagi di ukir kan buat classmate yang berada di segenap pelusuk dunia, tapi yang nampak ketika ini,, kebanyakan student egypt sambil mata saya meliar mencari student malaysia..nampak nya saya orang yang pertama malaysia yang sampai dulu,ermm mungkin sekejap lagi they all sampai.Saya pun duduk di baris yang kelima ,duduk diantara student egypt.Lecturer tak sampai lagi..sesambil tu saya membaca buku yang bertajuk "Cebisan Hati Manusia"..Right now da pukul 12.00 tengahari,lecturer tak sampai sampai lagi..so.. membuat kan saya terfikir nak menulis sedikit cebisan entry untuk di letakkan di blog.Ermmm nampak nye da hampir 3 jam lebih lecturer tak masuk dan kebetulan sahabat saye (student egypt) cakap,lecturer tak datang hari ini.Dan saya pun terdetik di benak fikiran bahawasanya ,ini juga dinamakan sabar sepertimana entry saya sebelum ini yang berkisah tentang sabar.Mendidik jiwa para penuntut ilmu supaya bersabar dalam mencedok ilmu di bumi anbiya ini.. ok la saya akhiri pnulisan short entry saya ni dengan wish my self...BELAJAR DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI ISLAM...teringat saya sebuah buku yang pernah saya bace yang mana ulama salaf kita pernah berkata : "Sesungguhnya ilmu tidak akan memberi sebahagian dirinya sehingga kamu memberi keseluruhan diri kamu" iaitu dari sudut usaha,waktu,dan nafas-nafas kamu kesemuanya dicurahkan supaya ilmu dapat memberi sebahagian dirinya kepada kamu.

Sabtu, 17 Oktober 2009

:: SABAR ::





"anak mak kena sabar menempuhi ujian yang mendatang,, ingat sygku, kamu berada di bumi barakah,yakin janji ALLAH,duit boleh dicari tapi ilmu sukar kita dapat"
pesanan ringkas dari seorang ibu kepada anaknya yang tak jemu jemu minta di nasihati... perkara yang sama adalah ibu akan cakap sabar... dan sabar dan terus sabar..lantas tergerak diri ini ingin menari narikan jari untuk menulis entri berkaitan sabar,,, biarpun hanya sedikit ulasan yang dapat saya nukilkan,semuga dapat menjadi penghayatan sesama kita walau hanya sekilas pandangan.

SABAR...S.A.B.A.R .... hanya 5 patah perkataan tetapi memberi kefahaman yang begitu mendalam bagi individual yang benar-benar menghayati dan memahami apa makna sebenar sabar.Sabar merupakan sebuah istilah dari bahasa arab.Dalam bahasa melayu juga kita menggunakan perkataan sabar yang sama dengan maksud sabar dalam bahasa arab.

Dari sudut istilah pula: sabar ialah menahan diri dari sifat kegelisahan,gundah gulana dan rasa emosi dan juga menahan lisan dari keluh kesah serta menahan segala anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah.
Firman ALLAH S.W.T dari surah ALI-Imran:146 :
"...............Dan ALLAH mencintai orang - orang yang sabar"

Kita acapkali mendengar di corong-corong telinga dengan perkataan sabar .Dan kadang-kadang secara tak lansung ,hati kita senipis kulit bawang ini juga terdetik dengan kalimah sabar lantas memujuk hati supaya bersabar.Tapi adakah terlintas di kotak fikiran kita bahawa sejauh mana lafaz sabar itu digunakan??? adakah ketika hanya dilanda musibah sahaja??

Ketika kita dalam kesenangan atau dalam kemewahan juga ,kita harus bersabar.Sabar menghadapi ujian kemewahan bahawa jangan kita lupa segala kekayaan yang wujud ini adalah pinjaman dari ALLAH semata.Ketika dalam menunaikan ibadat-ibadat sunat juga mengajar kita erti kesabaran seperti bangun disepertiga malam.Sabar adalah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi godaan dan rintangan arus kehidupan pada jangkaan waktu tertentu dalam rangka mencapai hadaf yang hendak dituju.Setengah ulama menobatkan bahawa sabar itu separuh daripada iman.Ujian manusia berbagai-bagai.Kadang kita sedang asyik ketawa,rupanya ALLAH sedang menguji kita.Dan kadang kita dalam kesedihan,rupanya dalam tak sedar.. kita sedang diuji.Nabi S.A.W telah bersabda :"man yuridu billahi khairon,yusibu minhu"
mafhumnya: sesiapa yang ALLAH kehendaki baginya kebaikan,ALLAH akan mengujinya.
Sesungguhnya apabila ALLAH mencintai hambanya , Dia akan tenggelamkan hambaNya itu dalam dugaan dan ujian,maka sesiapa yang tidak pernah mengalami musibah,Dia jauh dari kasih sayang ALLAH, mana tau yang diam itu kerana zikir kepada ALLAH,mana tahu yang senyuman itu adalah sedekah kepada ALLAH,mana tahu sedih itu kerana mengenangkan dosa dan mana tahu yang ceria itu kerana bersih hati dan mindanya.Ibnu Qayyim berkata di dalam Al-Fawaid :"Aslul khoiri wal syarra min qibali tafakkuri "
mafhumnya: asal punca kebaikan dan keburukan bermula dari pemikiran.

Bertitik tolak dari tajuk yang saya lontarkan,sebagai azhariyyun ada diantara kita dilanda ujian dari sudut natijah imtihan.Yang najah alhamdulillah dan yang tak najah juga alhamdulillah kerana rupanya ALLAH masih menyayangi kita dan menyuruh kita mendalami lebih ilmu di bumi barakah ini.Anggaplah ujian ini sebagai kafarah semasa di akhirat kelak.Semoga dengan muhasabah dan renungan kita menjadi pemangkin semangat lantas merealisasikan matlamat kita agar tidak terus pudar walau diuji dengan selaut dugaan yang mendatang.Sabar menempuh dugaan dan mehnah tanda kita punya iman dan berani dalam menempuh ujian dunia.Tapi dalam menempuh liku-liku ujian.. kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari sebelumnya.ALLAH takkan mengubah nasib seseorang hamba Nya selagi mana hambaNya tidak mengubah dirinya sendiri.Berubah kepada yang lebih baik.

Ingat!!!kita adalah selaku pemuda pemudi di kala ini,oleh itu tanggungjawab amatla berat yang harus dipikul di bahu para pemuda pemudi sekalian,yang mana mempunyai kewajipan yang berat terhadap dirinya,terhadap agamanya,terhadap umatnya bahkan lebih lebih lagi pada zaman era globalisasi ini.Arus remaja ini juga adalah zaman permulaan mengenal dunia dan keinginan terlalu tinggi,berbagai perkara ingin dicuba,ketika ini juga bermula peningkatan usia dan tahap kematangan seseorang remaja.Rentetan dari itu, kesabaran dalam melawan nafsu itu penting.Sabar sesungguhnya memiliki dimensi yang lebih pada pengalahan hawa nafsu yang terdapat dalam jiwa.Melawan nafsu yang berbagai,menahan diri dari melakukan perkara yang mungkar,sabar mengharungi rintangan kehidupan sebagai seorang remaja selaku pemuda dan pemudi.Remaja tunggak kejayaan sesebuah negara dan harapan bangsa.

Moga dengan kesabaran yang ada dalam diri kita menjadikan kita lebih tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai hamba ALLAH yang besyukur.Buat sahabat - sahabat yang telah pun menghabiskan pengajian degree di ardul kinanah ini,semoga kalian sabar meneruskan dakwah dan pejuangan di medan yang sebenar nya iaitu malaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya.Hidupkan kembali mentaliti masyarakat dengan nur nur islam.Dedahkan masyarakat dengan keindahan keindahan yang ada dalam islam.Semoga dengan pejuangan sahabat, islam akan bangkit.Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : sesiapa yang mengamalkan perkara yang baik,lalu orang selepas nya beramal dengan nya (mencontohinya),baginya ganjaran amalannya (sendiri) dan (ganjaran) orang yang beramal dengannya(mencontohinya).

Akhir sekali untuk entry kali ini,orang yang sabar pandai mengawal emosi.Semoga entry yang tak seberapa ini,dapat menjadi sedikit penghayatan pada sahabat-sahabat.Doa saya,semoga satu hari nanti saya akan lebih menjadi yang terbaik dalam penulisan demi meneruskan pejuangan islam.Dan saya akui memang banyak kelemahan saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan.Segala teguran yang membina,saya terima kerana kesabaran itu perlu ada untuk menjadi yang lebih baik.Aktafi bihaza qadar...sekian...

Selasa, 13 Oktober 2009

::iSu NiqoB (pUrdaH) ::




Baru baru ini kita didedahkan isu yang mana semua maaruf tentang isu yang masih segar lagi dikalangan kita di mesir mahupun di malaysia iaitu fitnah terhadap ulama kita syeikhul akhbar Dr. Muhammad Tantawi hafizahullah berkait dengan isu niqob(purdah).Persoalannya yang berlegar legar di benak fikiran saya , mengapakah isu aurat seringkali diserang? apakah tujuan mereka mensabotaj??

Secara statistiknya punca permasalahan berpunca dari sikap dan tindak balas umat islam terhadap perkembangan yang berlaku didunia barat.Maafkan saya kalau saya tersalah cakap,bahawasanya umat islam di zamankan sekarang ramai yang lalai,ramai yang cuai,ramai yang alpha , aina ahli quran??? aina syabab?? aina jundullah??Firman ALLAH S.W.T dari surah an-Nisa:76 yang maksudnya : Orang-orang yang beriman ,berperang pada jalan ALLAH , dan orang - orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan).Oleh itu perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu,kerana seseungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Bagi mereka yang kurang tahu akan islam,mereka akan mengatakan islam jumud,walhal mereka tidak mahu mencari anisiatif untuk menjadi saluran dan method yang terbaik dalam menyampaikan keindahan dan kemurnian islam.Islam kini ditindas dengan serangan perang saraf,tidak cukup dengan bedil membedil,mereka cuba dengan cara halus.Dan cukup menyedihkan hati apabila ulama kita syeikhul akhbar difitnah dan di eksploitasi oleh wartawan wartawan yang mane sekadar mengaut keuntungan akhbar nya dengan mempersendakan ulama-ulama muktabar?? relevan ke sahabat-sahabat???

Daripada pengkajian melalui pembacaan dalam jaringan jaringan di internet berkenaan isu pemakaian niqob ,bahawasanya daripada keluaran akhbar di malaysia amatla meleset sekali daripada perkara yang sebenarnya,saya mohon pada sahabat-sahabat di malaysia mahupun di egypt atau di mana jua agar memperbetulkan mentaliti yang meleset itu.Tiada gunanya melariskan bahan-bahan media dengan mempelekeh kan ulama.

Antara fitnah yang tersebar di akhbar terhadap Syeikhul Akbar ialah "aku lebih mengetahui agama lebih daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu" dan "purdah itu adalah adat orang arab semata bukan lah tuntutan agama"

Syeikhul Tantawi menghormati dan bersetuju golongan-golongan yang mengatakan niqob tu wajib,cuma kenyataan melarang pemakaian purdah itu dalam suasana sesama wanita seperti di kuliah-kuliah banat(siswi) Al-Azhar sendiri,kuliah tersebut tidak bercampur dengan lelaki,adapun jika ada lelaki di kawasan tersebut,maka dibolehkan oleh pihak Al-Azhar sendiri untuk memakai niqob dengan bahasa yang lebih mudah "mengamalkan agama ini mesti pada tempatnya dan keadaan sekeliling"mengapa perlu pakai purdah sedangkan tiada kaum lelaki dan hanya sesama wanita sahaja.Saya selaku siswi university Al-Azhar jurusan Syariah Islamiah di Mansoura memang tidak dinafikan ada di antara siswi yang kekal memakai niqob(purdah) di dalam dewan semasa sessi pembelajaran berlansung sedangkan pensyarah pada ketika itu adalah wanita. Dan apabila ditegur oleh pensyarah tersebut agar membuka niqob kerana didalam dewan kuliah semuanya siswi,barulah student itu membuka niqob nya.

Niqob(purdah) antara sekian yang banyak perkara khilafiyah dalam hal agama yang diperselisihkan dikalangan para fuqaha dari dulu sehingga ke hari ini.Berpurdah khilaf dikalangan ulama yang mewajibkan pemakaian purdah.Jumhur ulama mengatakan yang wajib ditutup ialah muka dan tapak tangan.

Adapun ulama yang mengatakan jika seorang wanita berpurdah ,beerti dia telah mengambil pendapat terbaik dan keluar dari khilaf ulama,sementara perempuan yang menutup auratnya dengan betul kecuali muka dan tapak tangan,bermakna ia telah berpegang kepada pendapat jumhur ulama.

Reality nya sekarang,ramai mereka yang berpakaian tapi bertelanjang.membiarkan pendedahan tubuh dan aurat secara berleluasa dan terang -terangan tanpa ada perasaan malu dan segan silu sehingga memadamkan nilai diri mereka sebagai wanita muslimah yang ber iman.

Sesungguhnya dunia islam hari ini jauh dari pelaksanaan hukum ALLAH .Umatnya diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh islam.Daulah yang dulunya wujud telah dihilangkan.Perhatikan disekeliling kita ,umat islam semakin lena biarpun semakin dimamah usia ,sama-samalah kita berdoa agar perancangan - perancangan dan anasir-anasir jahat terhadap islam dimusnahkan oleh ALLAH.

::Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit .... ::

ENTRY INI SAYA PASTE DARI BLOGGER CAIRO... SAYA AMAT TERTARIK DENGAN ARTIKEL YANG DI LONTARKAN..SEMOGA SAYA DAN DUYUFUL KIRAM DAPAT MEMAHAMI MESEJ YANG DISAMPAIKAN DEMI AD DINN TERCINTA...

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.
Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :
“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”
Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

:: wiSh mY sELf ::




kadang kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang
kadang kadang kita minta cerdik , tapi masalah pula yang bertandang
kadang kadang kita minta kebahagiaan , tapi huru hara yang menjelang

dugaan menjadi kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru hara menjadikan kita tabah,

SUBHANALLAH....
betapa hebat nya ALLAH itu,semuanya adalah hikmah,kalau lah manusia tahu hadis ini
"Telah berkata JIbrail A.S :
"wahai tuhan,engkau sampaikanlah hajat hambamu .... maka ALLAH berfirman:
"Biarkan hambaku itu,kerana aku mencintai rintih suaranya"
((ANAS IBN MALIK R.A))

Jumaat, 9 Oktober 2009

:: baDdiL guRfaH ::

salam duyuful kiram....

Di pagi yang dingin yang mana egypt dah hampir masuk musim syita grrrrrrrrrrr sejuk sejuk.. tetiba....saya dapat panggilan yahoo mesengger dari ahli bait saya yang sedang berseronok bercuti di malaysia mengajak saya chatting right now...so... kami pun besembang ..ahli bait saya yang berada di malaysia ketika ini ialah tima and obit.. rindu nye kowanggggggggg..... rindu sangat because hampir 4 bulan kita tidak bertemu...ermm kitorang discuss something...the something its... baddil gurfah...ermmm mulanya agak berat juga nk tukar gurfah...tp memikirkan jangan pentingkan diri.. saya pun agree...ermm...setinggi tinggi ukhwah itu salamatus sodry dan serendah rendah ukhwah itu ithar...ni kategori ithar ke??kukukukk ...saya pun mula la berkemas untuk baddil gurfah,mujur ade fifah n miera kerana mereka la yang banyak tolong saya..alfun syukran wat fifah n miera,berkerja sama berganding bahu tolong menolong bantu membantu.. ape yang pentingg??? KERJASAMA..heheheh..anyway hopefully kawan2 saya yang sedang bercuti di malaysia ,,semoga balik ke egypt dengan selamat.ukhwah itu indah,bertemu berpisah kerana Allah.

Selasa, 6 Oktober 2009

:: jaWazat oH jawaZaT ::

setelah 5 bulan saya tak updatekan visa,bukan tak nak update kan tp nama tak muqayyad2... lame bebenor.atau..... nama da muqayyad tapi time tu saya kat cairo?? ahaks... lawak2...semalan saya g jawazat,cari gak maliziyin dalam jawazat,kot kot la ade someone..bley saya bertanye tapi...hampeh...so,saya sorang sorang tobur kat barisan iqamah...saya punyalah tobur panjang-panjang,tibe time saya,ammu jawazat pegang je pasport saya terus cakap bukroh..saya senyum je... hati terdetik gak,seronok nya dapat beratur panjang panjang ari ni...tapi takpe ,saya tak mengeluh pun.. so.. esoknya saya g plak... baru nak masuk je... guard x bagi saya masuk die ckap bukroh,so saya pun explain la yang dorang yang suh saya g ari ni...guard tu x nk dengar pun saya explain ...huhuhuhuh so... saya pun duk berdiri termenung kat depan gate jawazat...setelah lame saya pending why guard tak bagi saya masuk, rupa rupa nyaaaaaaaa today sittah october... egyption holiday!!!! wkwkwkwkkwkwkwkwkwwk

Ahad, 4 Oktober 2009

:: mY opInioN aBouT pErsaTuaN & stUdY ::

Dewasa ini pelbagai ideologi-ideologi serta pendapat secara individual atau suara ramai berkenaan keterlibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam berognasisai dan berpesatuan. masing masing memberi pendapat dan pandangan yang tersendiri .Lantaran dengan buihan pendapat itu,saya terpanggil untuk menyuarakan di blog saya dari sudut pro dan kontra berkenaan keterlibatan dalam organisasi dan persatuan dari sudut kaca mata secara kasar.

memang tidak di nafikan dan tidak dapat di tangkis jika ada yang menganggap keterlibatan dalam persatuan boleh dipupuk selepas tamat pengajian. tetapi kita perlu ingat bahawa semasa dalam fatrah belajar lah,kita dapat luangkang masa dalam berorganisasi dan dalam waktu yang sama, apabila kita terlibat dalam organisasi ,sedar atau tidak kita telah mentarbiah rohani kita, mendiidk jiwa kita lantas kita bijak mengatur masa diantara belajar dan berpesatuan, tapi amat menduka citakan sekiranya ada diantara kita yang lansung tidak mengambil berat dalam kondusi study nya dan sibuk dengamn persatuan sehinggakan lupa akan tanggung jawab dan hadaf pertama sebagai seorang pelajar. Bagi mentality yang terlalu taaksub dengan pandangan bahwa berpesatuan itu adalah kontra dengan konteks memandang enteng akan persatuan sehinggakan ideolegi mereke menganggap persatuan itu tidak penting sama sekali ketika study.

cuba kita renungkan sekiranya kita mempunyai seluas ilmu di dada dek kerana comitte dengan kelas kelas talaqi dan mengikuti kuliah tanpa mengendahkan pogram program ilmiah yang dibuat oleh organisasi tapi apabila kita terjun di medan yang sebenarnya iaitu apabila kita diberi kebebasan untuk menyebarkan ilmu yang kita ada didepan khalayak ramai ,kita kaku dan terpaku dek kerana tidak pernah mentarbiah diri bercakap di khalayak ramai, sahabat-sahabat… bagaimana dengan ilmu yang kita ada???..adakah kita pernah juge tefikir di benak fikiran kita, sekiranya kita pulang ke tanah air dengan berbekal kan ilmu,tetapi apabila kita dijemput untuk menghadirkan diri sebagai pengisi majlis,adakah kita menolak dengan sementah mentah nya dek kerana gentar dan tiada persiapan diri untuk berhadapan dengan masyarakat..mahukah kita digelar sebagai azhariyyun yang sombong????

Bagi mereka yang terlalu taaksub dengan organisasi sehinggakan pelajaran diabaikan , tidak pernah mengikuti kelas kelas tafaquh .walhal dalam persatuan tidak ada gentar sekiranya disuruh kedepan bberbicara dikhalayak ramai , tapi sahabat sahabat pernah terlintas tak kalian bahawa cukup kah dengan lantang bersuara didepan khalayak ramai yang mana masyarakat yakin kita berkebolehan tapi soal feqh,hukum hakam kita ketepikan dan ilmu yang ada di dada amatla cetek,pernah juga kah kita tefikir apakah kita cukup hujah dan dalil-dalil sekiranya ada individual mengajukan persoalan berkenaan hukum kepada kita.. bolehkan kita mengada adakan dan mereka cipta hukum tersebut ???jangan kita di label kan sebagai azhariyyun yang kosong ilmu didada.

Setelah menganilisis dan meresearch kembali mengenai keterlibtan dalam berorganisai dan berpesatuan dari sudut pro dan kontra bahawa berpesatuan dan menhadirkan diri ke kelas kelas tafaquh dan kelas kelas pnegajian itu amatla penting kedua dua nya Cuma jangan kita mengabaikan salah satunya demi salah satunya.la tafrid wa la ifrad.perlu kita sedar bahawa hakikat dan tanggungjawab kita yang telah di amanah kan dan dpertanggungjawabkan sebagai generasi alquran dan pewaris nabi dalam membina ummah cemerlang dapat kita lahirkan dan pupukkan dalam kehidupan kita sejagat.aktafi bi haza qadar pandangan dari saya.

::|| tEkaD ||::




Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu,saya cuba bersihkan hati dan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi,tika itu susah juga nak istiqomah terutamanya tahajud,namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan itu,saya paksa juga diri agar sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya ,darah daging saya .Saya mula dapat rasa kelainan pada suasana hati saya.Hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu mencermelangkan akedemik saya kerana Allah penentu segalanya.Bukan sekadar akedemik sahaja malah cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya .Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja.

:: BacK tO uNivErsiTy ::

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]salam ziarah buat duyuful kiram...

pejam celik pejam celik dan sedar tak sedar ,da 4 bulan cuti kuliah berlalu,dan selama 4 bulan saya menghabiskan cuti saya di bandar metropolitan cairo,egypt,berbagai barnamij yang di buat student yang tak pulang bercuti ke malaysia mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah.Bagi yang sibuk ngan berpesatuan ,mereka sibuk dgn mengendalikan program dan mengikuti program-program yang dirancang,tak kurang juga nawaitu yang nak memenuhi masa cuti dengan bertalaqi dan bertafaquh, mereka juga sibuk dengan jadual-jadual yang padat ...ERMMMM nana??? sibuk ape lak??? nana sape?? saya la nana. hahahahah... saya heh?? sepanjang saya stay cairo ... semua saya join...saya ni kategori ala ala mutawasit.persatuan saya join, tafaquh , daurah saya join,saya tak la ekstrim sangat pada sumthing sudut. macam saya ckap tadi ala ala mutawasit.. AHAKS!!!

start this month and right now im back to university..heheheheh....sahabat - sahabat,doa sama sama moga this year kita sama sama meraih kejayaan dan kita mejadi lebih rajin, lebih cekal, lebih tabah, dan lebih semangat dari sebelum ni.kalau ikut kan naluri hati kecil dengan kudrat yang tak punya apa apa ni,aku rasa saya tak layak nak meneruskan perjuangan di sini tapi bila memikirkan nusroh ALLAH ,hati saya bulatkan hati dengan tekad dan yakin bahawa cinta ALLAH mampu mencemerlangkan akedemik saya kerana ALLAH penentu segalanya.Bukan sekadar akedemik tapi cinta ALLAH mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya.BENAR!!! saya boleh rasa instinct saya amat perlukan ALLAH untuk membantu saya dalam fatamorgana dunia remaja
.IBNU QAYYIM berkata dalam AL-FAWAID "ASLUL KHAIRI WAL SYARRA MIN QIBALIT TAFAKKARI "
mafhum nya: asal punca kebaikan dan keburukan bermula dari pemikiran

Rentetan dari kata-kata tersebut.saya mula bersemangat lantas di lengkapi ngan muhasabah diri ,bahawasanya setiap natijah yang berlaku bermula dari kotak pemikiran kita.Buat duyuful kiram semua,moga tahun ni ALLAH menatijahkan kita semua dengan natijah yang terbaik dan paling penting ALLAH memberikan keberkatan dengan setiap langkah yang kita lakukan.wish for my self and duyuful kiram...THERE IS NO LIMIT TO WHAT YOU CAN ACHIEVE ,IF YOU DONT MIND WHO GETS THE CREDIT..

o.k....pesanan buat saya and kengkawan yang lain.dont kaslan kaslanah.moga capai misi and matlamat hidup kita sebagai penuntut ilmu.ORANG YANG CEMERLANG,ORANG YANG GEMILANG ADALAH ORANG YANG SENTIASA SIBUK DENGAN TUHANNYA,SIBUK DENGAN USAHANYA DAN SIBUK DENGAN TARGETNYA.remember!!! tiada yang sukar bagi hati yang mahu.
semangat....semangat....semangat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails