Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 20 Oktober 2009

:: mY sELf ::


....kringggggggggg...kringggg......lalalalala.....jam di handset menunjukkan sudah pun tepat jam 9.00 pagi yang mana saya harus bersiap-siap ke kuliah.Pagi ini saya ke kuliah menaiki taxi.Bukan malas tau nak jalan kaki..hehehehe.Berbeza dengan invironment di malaysia,if da ada passenger dalam taxi,another passenger tak leh naik,tapi tempat saya di mansoura,Egypt,they all tak kisah,asal de kosong, boleh naik sekali.Errmmm kalau nak diikutkan , dekat je dari rumah nak ke kuliah tapi memandangkan ammu taxi (pakcik taxi) nak cari penumpang untuk menambah rezeki di awal pagi yang dingin dan tenang ni,dia pun ikut jalan jauh.Dalam masa yang sama,dapat juga saya menghirup udara segar di bumi anbiya` ini dengan kabus yang seakan akan menunjukkan tanda hampir sudah berlalu nya musim panas dan yang akan melusuri musim sejuk.Ermmm bestnyaa nak masuk musim sejuk....uppppppppsssss mengelamun pulak.Sedar tak sedar ,rupanya saya dah tiba di hadapan university.Dengan menghulurkan LE 2 junaih, lantas taxi meluncur hilang dari pandangan.Dan saya pun terus berjalan kaki masuk ke pintu pagar university dengan hati yang ceria dan perbaharui nawaitu.Kaki terus melangkah ke arah belakang kerana kuliah faculty 2nd syariah terletak di bangunan belakang aras 4.
Dan segaris senyuman lagi di ukir kan buat classmate yang berada di segenap pelusuk dunia, tapi yang nampak ketika ini,, kebanyakan student egypt sambil mata saya meliar mencari student malaysia..nampak nya saya orang yang pertama malaysia yang sampai dulu,ermm mungkin sekejap lagi they all sampai.Saya pun duduk di baris yang kelima ,duduk diantara student egypt.Lecturer tak sampai lagi..sesambil tu saya membaca buku yang bertajuk "Cebisan Hati Manusia"..Right now da pukul 12.00 tengahari,lecturer tak sampai sampai lagi..so.. membuat kan saya terfikir nak menulis sedikit cebisan entry untuk di letakkan di blog.Ermmm nampak nye da hampir 3 jam lebih lecturer tak masuk dan kebetulan sahabat saye (student egypt) cakap,lecturer tak datang hari ini.Dan saya pun terdetik di benak fikiran bahawasanya ,ini juga dinamakan sabar sepertimana entry saya sebelum ini yang berkisah tentang sabar.Mendidik jiwa para penuntut ilmu supaya bersabar dalam mencedok ilmu di bumi anbiya ini.. ok la saya akhiri pnulisan short entry saya ni dengan wish my self...BELAJAR DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI ISLAM...teringat saya sebuah buku yang pernah saya bace yang mana ulama salaf kita pernah berkata : "Sesungguhnya ilmu tidak akan memberi sebahagian dirinya sehingga kamu memberi keseluruhan diri kamu" iaitu dari sudut usaha,waktu,dan nafas-nafas kamu kesemuanya dicurahkan supaya ilmu dapat memberi sebahagian dirinya kepada kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails