Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 20 Januari 2011

Resepi Tau Fu Fa paling simple

Kandungan kacang soya dalam taufu fa banyak mengandungi protein yang berfungsi sebagai zat pembangun tubuh. Ia baik untuk perkembangan sel-sel otak pada kanak-kanak. Protein kacang soya juga menyihatkan tubuh, meningkatkan stamina dan penghasilan sel tubuh yang baik.

Bagi sahabat yang belajar di Egypt, kebanyakan dari sahabat, pasti rindukan makan Tau fu fa seperti di Malaysia.Saya ada cara mudah untuk membuat Tau fu fa yang dapat saya perolehi di laman internet. Hasilnya sama macam Tau fu fa sebenar.Mengikut resepi yang disediakan, sahabat boleh gantikan air gula merah dengan asal iswid , agar-agar pula boleh diganti dengan geletin beli athor atau supermarket.Ada dua jenis geletin, serbuk atau jenis berkeping.

Agar-agar Tau fu fa

Bahan-bahan:
- 500ml tanpa gula Air soya Beans

- 10ml + 2 sudu besar air panas Agar-agar kering / Geletin

- gula merah / gula perang secukupnya

CARA-CARA:

- Masak agar-agar dengan air soya bean, masukkan gula dan kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana.

- Sejukkan sebentar dan boleh lah tuang di dalam bekas, sejukkan di dalam freez.Apabila hendak makan, ambil sesudu demi sesudu letak  di dalam mangkuk dan tuangkan perlahan-perlahan air gula merah ke atasnya.


p/s : Try la jual kat bazar, mesti larisssss...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails