Rabu, 12 Januari 2011

43rd Cairo International Book Fair

Tarikh
26 Januari 2011- 6 Februari 2011

Jam
9.00 pagi - 7.00 petang

Lokasi
Cairo International Conference Centre ( CICC )
Kaherah, Mesir (Tahun ini tidak di adakan di tapak Maarad)

Tetamu kehormatan : China
=========================================

Cairo International Book Fair (CIBF) atau lebih dikenali dikalangan student di Egypt sebagai Maarad Kutub merupakan Pameran yang terbesar bagi masyarakat di wilayah Arab dan di Benua Afrika. Pameran ini dianggap sebagai sebuah tempat pertemuan penting bagi golongan penerbit, penulis, penterjemah  serta pengedar buku/kitab yang datang dari negara-negara Arab.

Pameran Kitab ini diadakan pada setiap tahun.Statistik yang diperolehi pada tahun lepas 2010, 800 penerbit kitab dan penjual kitab dipamerkan di Kaherah yang di import dari 31 buah negara. Manakala jumlah pengunjung pada tahun 2010 dianggarkan mencapai 1.8 juta.
Tetamu jemputan pada tahun lepas ialah dari Negara Russia.

 
 *************************************************************************************


p/s: Tahun yang paling berharga , tak silap pada tahun 2008 kerana tetamu jemputan ialah Dr. Wahbah Az-Zuhaili.Kitab-kitab karangan beliau sentiasa saya impikan menjadi rujukan dan koleksi peribadi saya.Antara kitab yang telah saya miliki daripada Kitab karangan beliau ialah Ensiklopedia Feqhul Islami (8 jilid), Usul Feqhul Islami (2 jilid), Feqhul Islami wa Adilatuh (10 jilid).


sumber : http://www.cairobookfair.org/default_en.aspx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails