Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 6 Januari 2011

Bahasa Arab akan Diusahakan Menjadi Bahasa Nasional di Turki

Dr. Muhammad Adl, presiden komuniti Arab-Turki untuk Kebudayaan, Ilmu pengetahun dan Seni (Tasca), dalam pernyataannya mengatakan bahawa lembaganya akan berupaya untuk Bahasa Arab diterima sebagai bahasa rasmi di Turki dalam masa 10 tahun akan datang.

Kenyataan tersebut disampaikan Adl selama simposium yang diadakan oleh Majlis Dunia Psikiatri Islam di Kaherah.

"Tasca yang merupakan salah satu lembaga dari komuniti masyarakat di Ankara, sedang mencari cara bagaiman Bahasa Arab boleh menjadi bahasa kebangsaan Turki, tetapi kami tidak melayani untuk kepentingan politik tetapi lebih kepada kepentingan komuniti saintifik dan kebudayaan untuk membincangkan hal tersebut," tegas Adl dalam pernyataannya .

Adl seperti dilaporkan laman OnIslam berkata: "Saya seorang warga negara Turki selalu mengatakan kepada warga Turki bahawa mengadopsi Bahasa Arab sebagai bahasa kebangsaan bukan bererti menjadi pelayan orang Arab, tetapi justru melayani Turki sendiri, kerana dengan bahasa Arab bangsa Turki akan memainkan peranan regionalnya di kawasan tersebut dan memotong jarak yang lebar antara mereka dan orang-orang Arab serta dapat menguntungkan secara ekonomi dan politik. "

Menambah, Adl berkata: "anda harus menyedari bahawa bahasa Arab bukan bahasa asing di Turki, dan bukan bahasa minoriti dari sisa-sisa Kekhalifahan Uthmaniyyah, tetapi adalah bahasa rasmi agama negara, kerana ia merupakan bahasa ketiga dalam hal jumlah penutur di Turki setelah bahasa Turki dan Kurdi.


sumber: ERAMUSLIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails