Isnin, 10 Januari 2011

Ehud Barak : Kamu adalah Pembunuh kanak-kanak

Seorang pemuda Palestin memotong ucapan di Universiti Tel Aviv oleh Ehud Barak sambil memanggil Menteri Perang Israel itu pembunuh kanak-kanak.

Barak sedang memberi ucapan tentang Iran dan situasi politik di Timur Tengah di hadapan pegawai akademik dan ketenteraan daripada Israel dan luar negara semasa dia diganggu dengan banyaknya oleh peserta demonstrasi menentang polisi Israel terhadap penduduk Palestin.

Peserta demonstrasi mengangkat imej penduduk Palestin yang terbunuh dan cedera pada perang Gaza yang berlangsung pada akhir 2008 sehingga 2009, dan menjerit kepada Barak: “Kamu ialah pembunuh kanak-kanak Palestin dan penipu! Kamu hanya mencuba untuk
meletakkan ketakutan dalam jiwa penduduk.”

Dalam keadaan keliru, Barak mengarahkan pengawal keselamatan mengeluarkan penunjuk perasaan daripada dewan itu.

Selepas keadaan kembali tenang, Barak berkata bahawa dia tidak melihat sebarang keperluan untuk memberi maklum balas kepada tuduhan yang dilemparkan, sambil menambah tindakan mereka kebudak-budakan. “Saya ialah orang terakhir yang akan sudi memohon maaf kepada seseorang,” katanya.


Sumber: Palestinkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails