Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 2 Februari 2010

::|| aBaH ||::


Salam mesra buat duyuful kiram.Semoga Allah menempatkan hati kita thabat istiqomah dengan rutin harian bersama kerja-kerja islam serta menunaikan tanggungjawab sebagai seorang dai`e.''Man qola La ila ha illaAllah, Fahuwa dai`e'' .Sekarang saya berada di kota paling sesak di bumi Egypt iaitu Kota Cairo.Dikala sepi bertandang ,membuat gelodak jiwa terpanggil-panggil untuk menari-narikan jari jemari di atas keyboard laptop.Tiada tajuk relevan mahu diutarakan .Dek terkenangkan keluarga di Malaysia,lantas dahi minda terus menyala menandakan ada idea yang berkemungkinan boleh menghasilkan satu entri untuk dikongsikan bersama duyuful kiram.Entri kali ini saya tujukan khas buat abah saya yang terlalu banyak pengorbanannya demi keluarga tercinta.Bila direnung kembali sekalipun ditawarkan wang yang berlipat ganda, manakan mungkin diri yang kerdil ini dapat membalas jasa dan pengorbanan abah.Semasa saya meneruskan penulisan ,hati saya sebak bercampur gembira. Abah sering membawa saya sekiranya ada keperluan penting.Kenapa saya???Kenapa bukan abang din??Mungkin kerana saya tidak banyak karenah.(hehehe.... kalau abang saya baca entri ini,gurau2 je).Antara detik-detik nostalgia saya bersama abah ketika waktu dahulu dan tidak mungkin saya rasai di zaman sekarang... Al-Kisah......

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Sebelum abah mempunyai kenderaan,abah pergi ke kerja dengan menaiki sebuah motor dari seorang kawan yang begitu baik hati menumpangkan abah.Tidak silap saya nama kawan abah pakcik Jo.Setiap petang saya dan ibu akan menunggu didepan pintu,menunggu kepulangan abah dari tempat kerja.Suatu hari saya melihat abah membawa sebuah basikal merah yang mempunyai roda tambahan.Kesian abah naik motor sambil membawa basikal yang mahu di hadiahkan kepada abang saya.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Umur saya dalam lingkungan 6 tahun.Abah baru mempunyai sebuah motor .Pada pagi itu ,abah bersiap-siap membawa saya ke kedai motor dengan menaiki sebuah teksi.Saya dan abah merasmikan kenderaan baru kami motor EX5.Seronok sangat kerana pertama kali menaiki motor sendiri.Sejak dari itu , setiap petang abah akan membawa kami dua beradik ke taman permainan berdekatan rumah kami dengan membawa air minuman yang dibekalkan oleh ibu.Masih terasa sentuhan buaian abah.Abah tidak jemu-jemu menolak buaian saya dan abang sambil di iringi dengan gelak tawa riang.Abah melayan telatah kami meskipun saya agak kuat merajuk dan menangis apabila diusik oleh abang.Terima kasih abah...

MASIH SEGAR DALAM INGATAN...
Ketika itu...
Saya berada di alam persekolahan di tahun 1.Pada zaman saya ketika itu , cuti sekolah jatuh pada hari jumaat dan sabtu.Apabila tiba hari ahad,abah dan ibu akan datang ke kantin sekolah dengan membawa bekalan makanan untuk saya dan abang.Ibu akan menyuapkan makanan .Bukan saya dan abang sahaja,tetapi ibu akan menyuap kawan-kawan kami yang berdekatan dengan kami.Kadang-kadang juga ,sewaktu hari abah bekerja juga,abah akan datang menjenguk saya ketika waktu rehat.Dan pernah juga abah tunggu didepan pintu kelas sambil menunjukkan sebungkus jelly summi kegemaran saya.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN...
Ketika itu....
Abah pernah membawa saya disalah sebuah kedai elektronik.Wah .... pasti abah mahu menukar television baru atau pun munkin juga radio baru.Rupanya sangkaan saya meleset kerana abah keluar dari kedai itu dengan membawa sebuah kotak sebesar dua kotak kasut.Setibanya kami dirumah.Apabila abah membuka bungkusan kotak tersebut,abah membelikan kami dua beradik sebuah video game (dulu tiada PS).Walaupun abah cuma bekalkan kami dengan dua pitar tape permainan,ianya sudah cukup untuk memuaskan hati kami memenuhi waktu bermain.Saya??? saya suka fight game bersama abah kerana abah selalu kalah(saya tahu abah buat-buat kalah),dan sebaliknya tidak suka fight game bersama abang.Pasti kalah.(T_T) TERIMA KASIH ABAH....
MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Umur saya dalam lingkungan 8 tahun,ibu dan abah membuka satu kedai makan di kawasan perindustrian yang terletak di Tampoi.Alhamdulillah perniagaan maju,dengan berkat kesabaran ibu dan abah,setelah beberapa bulan kemudian,abah memiliki sebuah kenderaan kereta.Sepanjang perjalanan proses pembelian kereta.Abah masih bawa saya lagi sebagai peneman dan abah upah seorang pakcik saya bagi mempercepatkan proses pembelian.Kereta tersebut dibeli luar dari daerah kediaman kami iaitu di daerah Segamat.Sepanjang pengurusan,saya dan abah serta pakcik berulang-alik dari johor bahru ke segamat setiap hari dengan menaiki bas express.Alhamdulillah akhirnya kami pulang ke Johor Bahru dengan menaiki kereta Proton Saga kelabu.(rindunya kereta lama,biarpun bukan kereta itu sekarang tapi banyak kenangan keluarga kami bersama kereta tersebut).Terima kasih abah....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....

Ketika itu....
Umur saya 9 tahun bermakna saya sekolah agama di tahun 1.Sungguhpun ibu dan abah sibuk meneruskan perniagaan di kedai makan, mereka tidak akan membiarkan saya keseorangan walaupun harus ke sekolah pada jam 9.30 pagi.Oleh itu rutin harian saya ialah, setiap hari jam 3 pagi,ibu akan kejutkan saya dan menyuruh saya sambung lena di dalam kereta.Setiap pagi yang hening dan masih gelap dikala orang ramai sedang lazat dibuai kenikmatan mimpi yang indah-indah,ketika itu juga abah harus ke pasar membeli bahan- bahan makanan untuk dimasak di kedai makan.Saya?? cuma di dalam kereta sahaja.Pada jam 8.30 pagi pula,setelah semua pekerja mula bekerja,ibu bergegas mandikan saya , rindunya sentuhan ibu menyikat rambut saya.Abah bersiap untuk menghantar saya pulang kerumah .Tiba dirumah abah akan menggosok pakaian sekolah saya.Abah akan ke kedai makan setelah melihat kelibat van sekolah saya tiba di depan rumah.TERIMA KASIH ABAH....
MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Sewaktu umur saya dalam lingkungan 10 tahun,abah telah membawa saya berjalan kaki di atas landasan keretapi yang mana di seberang landasan keretapi adalah pekan kampung Ungku Mohsin(sekarang kawasan industri).Agak jauh juga kami berjalan.Abah tahu saya keletihan ,kerana itu abah mengajak saya bersembang-sembang sambil meneruskan perjalanan lantas memecahkan kesunyian suasana ketika itu.Akhirnya kami tiba di sebuah kedai apek,kedai yang membetulkan motor dan menjual perkakas motor dan basikal.Setahu saya motor abah tidak rosak.Rupanya abah membeli sebuah basikal BMX.Saya tanyakan pada abah bahawa basikal ini untuk siapa.Abah yang mempunyai sifat penyayang menjawab soalan saya ,basikal itu abah hadiahkan pada abang saya.Sambil meneruskan perjalanan balik kerumah dengan mengiringi basikal yang masih berbungkus plastik,abah meneruskan kata-kata,abah beritahu bahawa abah pernah ternampak abang din meminjam basikal jiran untuk dicuba seketika,ketika abah meneruskan kata-kata ,saya dapat rasakan bahawa abah juga mahu anak-anaknya memiliki seperti anak jiran yang lain.Betapa seronok perasaan abang din setelah mengetahui abah menghadiahkannya basikal tersebut.Tapi yang merasai kepenatan berjalan kaki,saya dan abah.Eh silap..saya sahaja mengeluh kepenatan.TERIMA KASIH ABAH....

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu...
Bila umur saya meningkat sekolah menengah..ibu dan abah tidak lagi bekerja di kedai makan.Selepas habis dari kontrak sewa kedai makan,abah dan ibu bekerja di industri yang berlainan.Sepanjang ibu bekerja,abah sentiasa hantar dan ambil ibu ke tempat kerja.Abah tidak benarkan ibu menaiki transport.Selepas saya tamat persekolahan rendah,saya ditawarkan ke sekolah berasrama di Sekolah menengah tinggi Pontian(Maahad Potian).Masih teringat ketika ibu dan abah hantar saya balik asrama setelah cuti,ketika itu ibu dan abah hantar saya di awal pagi.Nak tau tak apa yang berlaku,ibu dan abah kemas locker saya,ibu kemas semua barang-barang saya,abah pula sapu bilik saya.Pernah suatu ketika ,ketika abah dan ibu menghantar saya pulang ke asrama,rupanya saya tertinggal kasut sekolah.Saya mengadu hal ini kepada ibu, ibu beritahu saya bahawa jangan beritahu abah kerana sifat abah tidak suka kalau anak-anaknya lalai, sehingga sekarang banyak rahsia saya dengan ibu.Rahsia antara kami berdua hingga ke akhir hayat.Saya dan ibu banyak berkongsi cerita serta masalah. ibu benar-benar memahami saya.Almaklumlah saya seorang sahaja anak perempuan.Ermmm sebelum saya tamat melanjutkan pelajaran disekolah menengah,seorang guru penyelia berjumpa saya bahawa dia pertama kali nampak seorang bapa sepanjang 5 tahun pada setiap minggu menjenguk anaknya di asrama.Penyelia kagum dengan abah.TERIMA KASIH ABAH...

MASIH SEGAR DALAM INGATAN....
Ketika itu....
Sebelum saya melanjutkan pelajaran ke luar negara,berbagai aktiviti dan kursus saya ikuti.Semua itu,abah hantar,abah ambil.Abah tidak pernah bagi saya pergi sendiri cuma kadang-kadang sahaja abang din hantar kalau abah tidak berkesempatan. Satu hari saya mahu melangkah untuk meneruskan pelajaran di Egypt.Selepas menunaikan solat musafir ,ketika mahu melangkah keluar rumah meinggalkan kampung halaman,abah azan di luar rumah,saya tahu abah dan ibu sedih tapi gembira kerana ibu dan abah memang dari dulu nak sangat saya belajar di universiti timur tengah, sedang abah mengalunkan azan,ketika abah mengalunkan hayya ala falah,tiba-tiba suara abah tersekat,saya terus melihat abah, abah menitis kan air mata dan saya dapat agak, abah tidak dapat menahan sedihnya lalu aair mata jatuh juga walaupun hanya seketika. Dan ketika saya menarikan jari jemari di butang keyboard ini,airmata saya berlinangan kerana terharu begitu besar pengorbanan abah.Saya tidak akan sia siakan harapan ibu dan abah.Entri ini saya tujukan pada abah saya Ambok Dalek Bin Haji Ambok Hatta.Suatu hari nanti saya akan buat entry untuk idola saya ibu tersayang,ibu yang tidak pernah rase penat dan letih menjaga kami bertiga.Haaa??? bertiga?? adik saya haziq yang beza saya dan adik 18 tahun,jadi pengalaman hidup zaman kegemilangan,adik saya tidak rasainya.

TERIMA KASIH ABAH,TERIMA KASIH ABAH, TERIMA KASIH ABAH...

KETIKA BERJAUHAN MASIH TERASA HANGAT KASIHMU ABAH
BETAPA KURINDUKAN REDUP WAJAHMU
HADIR MENEMANIKU
TERBAYANG KETENANGAN YANG SELALU KAU PAMERKAN
BAGAIKAN TIADA KERESAHAN WALAU HATIMU SERING TERLUKA
TIKA DIRIKU TERLANJUR KATA
TAK PERNAH SEKALI KAU TINGGALKAN DIRIKU SENDIRIAN
KETIKA KU DALAM KEDUKAAN
KAU DAKAP PENUH PENGERTIAN
DI SAAT DIRIKU KEHAMPAAN,
KAU SERING MENGAJARKU ERTI KEKUATAN
TERPANCAR KEBANGGAAN DALAM SENYUMMU MELIHAT KU BERJAYA
BILA KU KEGAGALAN ,TAK KAU BIARKAN AKU TERUS KECEWA
DENGAN KATA AZIMAT ,
ENGKAU NYALAKAN SEMANGAT
RESTU DAN DOA KAU IRINGKAN


tambahan..hari lahir saya sama dengan abah pada 14 Jun.... (T_T)

1 ulasan:

  1. menarik citer nana..alhamdulillah masih punya ayah kan..saya dah tiada ayahh,,2 hari baru tahu ayah meninggal dunia.sedih rasa.maklumla keje jauh.....tapi memang sedih bila teringat pengorbanan ayah....tq zhuliana mengingatkan saya pada arwah ayah..DERAMAN BIN CHE LA..AL FATIHAH

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails