Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 6 Februari 2010

::|| VaLEnTiNE ||::



Menjelang bulan Februari pada setiap tahun,seluruh negara akan dihebahkan dengan satu kehadiran tarikh yang sering diadaptasikan oleh kebanyakan pasangan kekasih,suami isteri ,dan mereka yang berjiwa romantis.Satu hari dalam bulan februari dikenali Hari Kekasih atau dikenali sebagai ''Saint Valentine Day''. Adakah hari tersebut begitu istimewa ?? Atau merupakan adat?? Atau hanya ikutan semata-mata ?? Ataupun juga,adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah tidak mencukupi???

Rentetan dari hari tersebut,adakah wajar bagi kita selaku muslimin membangga-banggakan hari tersebut.Maka dengan itu , sebagai ulul albab perlu mendalami dan memahami sejarah dan tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yang mungkin khilaf menurut pandangan islam.Antara kisah disebalik hari kekasih ialah St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Ketika dalam geriji besi, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis iaitu anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.

Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini?

Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’.

Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno.

Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci.

Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan.


Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita yang satu ini tanpa meniru ajaran umat yang lain.
Kesimpulannya Ucapan dan sambutan Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan ia bukan hari kebesaran umat Islam.

3 ulasan:

  1. Benar...mmg hari Valentine ini salah satu daripada 5 syiar kristian yg sedang umat islam amalkan.Sedar atau tidak,ramai yg binasa...

    BalasPadam
  2. setuju dengan nana.Nabi dok ajar dah dan bagi amaran dlm hadis dia "barang siapa serupa dengan sesuatu kaum maka dia dari kaum itu" maka hati-hati lah wahai sekelian ummat Muhammad....

    BalasPadam
  3. dn umat islam juga mnggung maruah yg jatuh dek prbuatan umatnya.
    Ya Allah moga2 ayahku,ibuku, kakakku, abangku, adik2ku, saudara2 dan sahabat2ku serta seluruh kaum muslimin dan muslimat termasuk puan blogger ini agar trhindar dr segala perbuatan trkutuk, termasuklah mghampiri zina ini

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails