Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 27 Januari 2010

::|| pErKauNan isLam ||::


Telah menjadi adat resam bagi setiap penuntut ilmu akan menempuhi satu medan perjuangan yang merupakan kayu ukur terhadap ilmu yang dipelajari ,yang mana medan ini akan menghasilkan satu impak yang sangat besar dalam jiwa setiap penuntut ilmu.Medan itu dikenali sebagai peperiksaan.Mungkin ketika ini,tatkala duyuful kiram sedang membaca entri saya,sedang berlegar-legar di dahi minda masing-masing menunggu apa yang bakal diperolehi natijah dari perahan dan hadaman mental didewan peperiksaan tempohari.InsyaAllah , mudah-mudahan segala usaha kita akan dipandang Allah dan dikurniakan natijah yang terbaik daripada Allah.

'' Kitab Feqah Muqarran ( Perbandingan Feqah ) Fakulti Syariah di Mansoura ''

Untuk fasa yang akan datang,madah imtihan saya ialah Perbandingan Feqah Islam dalam Bab Perakaunan Islam.Antara cabang-cabang yang harus dilumatkan serta di ambil cakna sepertimana yang telah disyarah oleh doktor falsafah saya di dalam kitab nya ialah:

  • RIBA
  • MUDHORABAH
  • AR-RAHNU
  • AS-SARF

Sedikit pengetahuan secara umum itu dapat saya ambil di dalam website BANK ISLAM:

RIBA:
Peningkatan dalam transaksi pinjaman atau pertukaran aset ribawi, terakru kepada pemilik (pemberi pinjaman atau penjual) tanpa memberi nilai kaunter yang setara atau pampasan sebagai pulangan kepada pihak yang satu lagi. Riba adalah dilarang menurut Syariah.

Dalam pemberian pinjaman, terdapat lebihan pembayaran dikenakan oleh pemberi pinjaman atau janji oleh peminjam selain daripada pinjaman (dikenali sebagai riba qardh)

Dari segi perdagangan, ia lebih merupakan perbezaan dalam berat dalam pertukaran emas mengikut sukatan ketulenan berbeza, contohnya 10 gram daripada 750 emas dengan 8 gram daripada 835 emas (dikenali sebagi riba fadhl); atau perbezaan dari segi masa antara pembayaran dengan penyerahan dalam kadar pertukaran mata wang asing, contohnya pembayaran atau RM10,000 pada 1 Januari 2008 dan penghantaran USD3,800 pada 2 Januari 2008 (dikenali sebagai riba nasiah).


MUDHORABAH :
Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.
AR-RAHNU:
Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.

AS-SARF:
Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang.
'' contoh-contoh kitab rujukan yang ada di bilik saya''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails