Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 26 November 2010

Israel luluskan bangunkan Dataran Buraq


 Antara Perancangan penghapusan Identiti Islam di Masjid Al Aqsa!!!

Rabu, 24/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS 85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.

Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan
proses meluaskan dataran, meningkatkan kedatangan pengunjung Yahudi serta pembiayaan penggalian arkeologi itu akan dimajukan kepada kementerian berkenaan untuk sepanjang empat tahun akan datang.

Abu Sha’ar berkata, beliau bimbang dengan peningkatan mendadak projek-projek Israel yang melibatkan monumen dan tempat suci Islam. Beliau mendakwa Perdana Menteri Sayap Kanan Israel, Benjamin Netanyahu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan projek dan pengurusan belanjawan.

sumber: Palestinkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails