Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 4 November 2010

::|| gEMpAR : DaTuK sERi NaJiB DiMaSuKKaN HoSPiTaL HKL ||::

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.
"Beliau telah mula diberi
rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr
Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa
hari lagi. -- BERNAMA

Berita semalam :

KUALA LUMPUR, 4 Nov —Walaupun diberi cuti sakit dan dinasihatkan untuk berehat di rumah, Datuk Seri Najib Razak masih melakukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun hanya mengendalikan surat-surat yang mustahak dan penting yang memerlukan perhatiannya, katanya kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.

“Saya merasa rimas kerana duduk berehat sahaja. Saya (sudah biasa) sentiasa sibuk,” katanya dan menambah beliau telah mengisi masa tersebut dengan membaca.

Najib demam cacar sebaik kembali dari menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam pada Ahad lepas.

Apabila ditanya bila beliau dapat bertugas semula, Najib berkata: “Kena tunggu proses pulih sepenuhnya. Proses ini tidak boleh dipendekkan.”

Ditanya bagaimana keadaan beliau sekarang, Najib berkata: “Kena bersabar.” — Bernama

2 ulasan:

  1. kan bagus kalau dia tetap bekerja utk Islam walaupun dia sakit. tp skrg dia menerapkan hukum-hakam sekular semasa dia sihat dan sakit!

    BalasPadam
  2. bnyk agenda yg tersembunyi..hati2..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails