Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 23 Mei 2010

::|| saBuNG NyaWa uNtUk Ke sEKoLaH ||::

BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah.Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.

Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.

Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.

Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.

Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah
satu-satunya pengangkutan untuk penduduk setempat.

Petani menggunakan kabel untuk membawa keluar barangan dan bagi pelajar seperti Daisy dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah.

Jamid bagaimanapun terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. — Agensi 

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sabungnyawauntukkesekolah/Article

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails