Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 15 Mei 2010

::|| JuDi BoLa : NaJiB bErsELinDuNg ||::

Ulasan ringkas dari Admin : Apa nak jadi dengan malaysia sekarang ni..,Sukan amalan yang sehat tetapi di manupulasikan dengan benda yang haram.Kita jangan mudah tertipu dengan manifesto yang di keluarkan di media elektronik yang mengatakan Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan) yang meluluskan keputusan lesen judi tersebut walhal kita sedia maklum bahawasanya apapun keputusan mesti di bawa ke pihak atasan iaitu
Menteri kewangan.Siapa Menteri Kewangan Malaysia???? Perdana Menteri  kita adalah Najib Tun Razak merangkap  Menteri Keawangan Malaysia.Terang lagi bersuluh puak - puak Umno ingin menjaga imej PM.Inikah yang dikatakan UMNO yang ingin memperjuangkan Islam.

Berita dari Moscow 1 Julai 2009 melaporkan ,menurut AFP operasi kasino dan pusat perjudian akan mula ditutup kerana apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian dinegara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani oleh Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam membanteras ketagihan 'candu judi ' dalam masyarakat.

Bila diamati kenyataan di atas,negara bukan islam cuba untuk membasmi perjudian tapi negara kita yang majority dianuti oleh agama yang sangat mulia agama islam meluluskan lesen tersebut.Fikirkan............


Salah satu artikel mengenai Judi Bola

Judi Bola: Najib masih membisu ( Harakahdaily )
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.
Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berpendapat, tindakan menyepi seribu bahasa Najib itu membuktikan Umno itu sendiri seperti merestui tindakan tersebut.

"Kalau dia (Najib) berani dan yakin bahawa bahawa keputusan kementeriannya tak salah, memadai dia dapatkan pungutan suara ahli-ahli Umno yang bersetuju," jelasnya.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan ini terus mendapat kritikan banyak pihak.

Ianya termasuk dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan masyarakat negara ini, yang melihat tindakan tersebut bukan penyelesaian kepada pembenterasan judi.

Tindakan kerajaan itu bagi mereka, hanya akan menggalakkan lagi perjudian dan meningkatkan masalah sosial negara.

Selain itu Najib juga diminta menjelaskan pendedahan Mayban Securities Sdn Bhd, pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta, tidak termasuk yang tidak berlesen.

"Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari," kata Firdaus.

1 ulasan:

  1. Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails