Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 9 Mei 2010

::|| GeMPa BuMi ||::


Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 1.59 petang tadi, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakap jabatan itu berkata antara negeri-negeri yang merasai gegaran selama dua minit itu ialah Pulau Pinang, Perlis, Lembah Klang, Kedah, dan Langkawi.

Bagaimanapun, di Malaysia tiada ancaman tsunami dilaporkan dan Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan.

Sementara itu, di Pulau Pinang, ribuan penduduk bangunan tinggi di sekitar George Town dan Bayan Lepas, keluar dari rumah masing-masing setelah mendapati rumah mereka bergoyang selama hampir dua minit.

Seorang penghuni di rumah pangsa Nusantara di sini, Hanisah Othman, 40, berkata, beliau terasa pening setelah rumahnya bergoyang tetapi tidak melarikan diri kerana dikhuatiri terperangkap.

Beliau yang tinggal di tingkat enam bangunan itu, berkata bagaimanapun ratusan penduduk lain melarikan diri dengan turun ke tingkat bawah.

Jabatan Meteorologi melaporkan empat kawasan di Pulau Pinang merasai gegaran itu.

"Antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah Seberang Jaya, Batu Feringgi, Sg Dua dan Batu Kawan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



sumber: malaysiakini,bernama

2 ulasan:

  1. patutnyew msia x kan kne..
    tp kekuasaan ALLAH...

    BalasPadam
  2. septtnya msia x kena..
    kekuasaan ALLAh...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails