Selasa, 12 Februari 2013

Hukum Memotong Kuku

Rasulullah saw bersabda :
    "Dari Abu Hurairah r.a katanya : " Nabi saw menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat jumaat". (HR Thabrani dan Al Bazar).

   Menurut Kitab Feqhul Mar'ah, memotong kuku termasuk sunnah fitrah. Para ulama' feqah sepakat memotong kuku hukumnya sunnah dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunnah memotong pada hari jumaat.

   Telah diterangkan pada bahgian yang telah lalu, apa yang di katakan oleh pengarang at-Tahdzib tentang hak wanita, iaitu mencelup dengan warna merah, memberi shadow dengan warna hitam dan memanjangkan kuku, hukumnya haram jika tanpa izin suami. Sekalipun dengan izin suami, itupun ada dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat ialah haram.

    Kerana itu menghias jari-jari tangan dengan memanjangkan kuku tanpa izin suami adalah haram. Dan sekalipun dengan izin suami, pendapat yang kuat mengatakan haram pula.

   Wanita muslimah wajib berpegang dengan sunnah Rasulullah saw dan sekaligus supaya meninggalkan segala perbuatan bid'ah yang datang dari barat, iaitu memanjangkan kuku dan mencelupnya.

    Imam Nawawi berkata: "Sunnah memulai dengan memotong kuku kedua tangan sebelum memotong kaki. Mulai dengan jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu ditukar ke tangan kiri, mulai dengan jari kelingking, sesudah itu jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelinking kiri".

    Makruh membuang potongan-potongan kuku di tempat sembarangan seperti di  tanah,  tempat sampah atau tandas. Kerana bahagian-bahagian tubuh Bani Adam semuanya mulia (mukarramah) sekalipun rambut, kuku dan gigi.

     Diriwayatkan oleh Ahmad, bahawa Nabi saw memerintahkan  supaya ditanam potongan-potongan rambut dan kuku. Dan tidaklah  membiarkan kuku sampai panjang, kerana dapat menjadi tempat kotoran dan sarang kuman yang berbahaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails