Abu Hurairah adalah tergolong dalam sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis. Satu perkara yang paling merunsingkan hati Abu Hurairah ialah keengganan ibunya memeluk agama Islam. Abu Hurairah pernah berkata : "Saya selalu mengajak ibu saya supaya memeluk agama Islam, tetapi dia menolaknya. Suatu hari dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar terhadap Rasulullah saw hingga saya menangis lalu saya mengadukan hal tersebut kepada Nabi saw.
Kata saya: "Ya Rasulullah, saya menyeru kepada ibu saya supaya memeluk Islam tetapi dia menolaknya. Saya telah mendakwahkan Islam itu kepada ibu saya tetapi dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak patut terhadap engkau (Rasulullah). Maka engkau doakan dia semoga Allah memberi petunjuk kepada ibu saya agar dia masuk Islam".
Maka Nabi Muhammad saw pun menjawab: "Ya Allah, berikan petunjuk kepada ibu Hurairah". Dan sesudah Rasulullah berdoa Abu Hurairah pun segera pulang ke rumah. Kata abu Hurairah lagi: " Apabila aku sampai ke pintu rumah, aku dapati pintu rumah tertutup, apabila ibuku mendengar bunyi kakiku dia pun berseru." Tunggu sebentar Abu Hurairah". Pada masa itu aku terdengar bunyi simbahan air dan apabila ibuku selesai mandi dan memakai pakaian, dia tergesa-gesa berlari untuk membuka pintu seraya berkata: " Hai Abu Hurairah aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebaik sahaja aku mendengar percakapannya itu aku terus pergi mendapatkan Rasulullah sambil menangis kegembiraan, lalu baginda memuji Allah serta memberikan kata-kata nasihat kepadaku".
Begitulah berkatnya doa Rasulullah saw. Ini adalah satu contoh yang paling baik bagaimana berkatnya pula doa dari seorang anak yang soleh yang bersifat ikhlas dan taqwa terhadap Allah swt. Allah Maha Berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
Selasa, 19 Februari 2013
Ahad, 17 Februari 2013
Rabu, 13 Februari 2013
Selasa, 12 Februari 2013
Hukum Memotong Kuku
Rasulullah saw bersabda :
"Dari Abu Hurairah r.a katanya : " Nabi saw menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat jumaat". (HR Thabrani dan Al Bazar).
Menurut Kitab Feqhul Mar'ah, memotong kuku termasuk sunnah fitrah. Para ulama' feqah sepakat memotong kuku hukumnya sunnah dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunnah memotong pada hari jumaat.
Telah diterangkan pada bahgian yang telah lalu, apa yang di katakan oleh pengarang at-Tahdzib tentang hak wanita, iaitu mencelup dengan warna merah, memberi shadow dengan warna hitam dan memanjangkan kuku, hukumnya haram jika tanpa izin suami. Sekalipun dengan izin suami, itupun ada dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat ialah haram.
Kerana itu menghias jari-jari tangan dengan memanjangkan kuku tanpa izin suami adalah haram. Dan sekalipun dengan izin suami, pendapat yang kuat mengatakan haram pula.
Wanita muslimah wajib berpegang dengan sunnah Rasulullah saw dan sekaligus supaya meninggalkan segala perbuatan bid'ah yang datang dari barat, iaitu memanjangkan kuku dan mencelupnya.
Imam Nawawi berkata: "Sunnah memulai dengan memotong kuku kedua tangan sebelum memotong kaki. Mulai dengan jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu ditukar ke tangan kiri, mulai dengan jari kelingking, sesudah itu jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelinking kiri".
Makruh membuang potongan-potongan kuku di tempat sembarangan seperti di tanah, tempat sampah atau tandas. Kerana bahagian-bahagian tubuh Bani Adam semuanya mulia (mukarramah) sekalipun rambut, kuku dan gigi.
Diriwayatkan oleh Ahmad, bahawa Nabi saw memerintahkan supaya ditanam potongan-potongan rambut dan kuku. Dan tidaklah membiarkan kuku sampai panjang, kerana dapat menjadi tempat kotoran dan sarang kuman yang berbahaya.

Ahad, 3 Februari 2013
Hukum Mencabut Bulu Ketiak
Menurut dalm Kitab Feqhul Mar'ah, para ulama' Fuqaha sepakat, mencabut bulu ketiak hukumnya sunnah
bagi lelaki dan perempuan. Diceritakan oleh Yunus bin Abdul A'la katanya
: "Saya datang ke rumah Syafie saya, dapati si sampingnya berdiri
seorang tukang solek sedang mencukur bulu ketiaknya. Maka berkata
Syafie, "Saya tahu mencabut bulu ketiak hukumya sunnah. Tetapi saya
tidak kuat kerana sakit".

Sunnah mendahulukan mencabut bulu ketiak yang kanan, kerana hadis
Rasulullah saw yang menyatakan bahawa beliau memulai sesuatu
dengan serba kanan. Memakai terompah, berjalan, bersuci dan segala
perbuatannya, semuanya dimulai dengan kanan ( Hadis ini diriwayatkan
oleh Muslim dari Aisyah r.a)
Maka bagi wanita, remaja atau dewasa sudah menikah atau belum,
hendaknya menjaga sunnah fitrah ini iaitu membuang bulu ketiak apabila
sudah mulai panjang. Dan jangan membiarkannya lebih dari empat puluh
hari. Sunnah ini termasuk sunnah fitrah yang membezakan wanita
muslimah dengan wanita yang bukan muslimah.
Langgan:
Catatan (Atom)