Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 29 April 2011

PM Bangladesh Pertahankan Islam sebagai Agama Negara

Perdana Menteri Bangladesh Syaikh Hasina menyatakan, Liga Awani--partai berkuasa saat ini--menginginkan Islam tetap dipertahankan sebagai agama negara, dengan tetap memberikan hak yang sama pada penganut agama lainnya.

Hasina juga mengungkapkan bahwa dirinya lebih suka kata "Bismillah-Ar-Rahman-Ar-Rahim" tetap dicantumkan dalam mukadimah konstitusi negara Bangladesh. Sikap Hasina berbeda dengan sikap mendiang ayahnya, Syaikh Mujibur Rahman yang mengingingkan Bangladesh menjadi negara yang lebih bebas, tidak terikat pada pengaruh syariat Islam.

Isnin, 25 April 2011

Program Makan Nasi Lemak ‘Beralas’ Utusan Malaysia 2 Mei

Acara baca Utusan Malaysia secara terbalik mendapat sambutan anak muda
Platform.AM, sebuah organisasi non partisan tanpa pemimpin menganjurkan program Tunjuk Rasa Hari Kebebasan Media pada 2 Mei ini.
Mengikut paparan facebook, program itu dijadual berlangsung di perkarangan Pejabat Utusan Malaysia di 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, antara jam 5 hingga 6 petang.
Program itu mengajak orang ramai khususnya anak muda menyertai acara makan nasi lemak beralaskan akhbar Utusan Malaysia dan membaca akhbar berkenaan secara terbalik.
Pada 16 April lalu, sekumpulan anak muda membaca akhbar terbalik termasuk Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana lain di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mereka kemudian berbuat demikian secara mobilisasi di kawasan berhampiran. 



sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Ahad, 24 April 2011

FIKIR

Fikir....

Jumaat, 22 April 2011

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

Saudariku!
Buku ini mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya , dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Saudariku!
Bacalah buku ini agar  ia dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekuatiran.

Saudariku!
Setelah andai selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal kepada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputus asaan dan kegagalan.Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduaan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qada dan qadarNya.

Khamis, 21 April 2011

Resepi pengat labu mix ubi keledek

BAHAN-BAHAN :

Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :


Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh Nikah Dan Kesannya

Kita akan membahagikan perbincangan ini kepada dua iaitu kecacatan yang membolehkan fasakh nikah dilakukan dan kesan daripada fasakh nikah yang disebabkan oleh kecacatan yang berlaku.

PERTAMA:KECACATAN YANG MEMBOLEHKAN FASAKH NIKAH

Kecacatan yang membolehkan fasakh nikah terbahagi kepada dua:
1.  Kecacatan yang boleh menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti terputus kemaluan atau mati pucuk bagi lelaki dan lubang faraj tertutup disebabkan tumbuhnya tulang atau daging bagi perempuan.

2.  Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan tetapi terdapat penyakit menjijikkan atau merbahaya yang menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali terpaksa menanggung kesusahan (kemudaratan) seperti kusta, sopak dan gila.

Pembahagian Kecacatan Jika Dilihat Kepada Suami Isteri

Kecacatan yang dilihat kepada pasangan suami isteri terbahagi kepada tiga bahagian:
1.  Kecacatan yang berlaku  kepada suami dan isteri seperti kusta. sopak dan gila.

2.  Kecacatan yang khusus kepada isteri sahaja iaitu  tumbuh daging atau tulang yang menutup lubang faraj.

3.  Kecacatan yang khusus kepada suami sahaja iaitu terputus zakar atau mati pucuk.

Kecacatan Yang Boleh Berlaku Kepada Suami Dan Isteri
Jika suami atau isteri mendapati pasangannya mempunyai

Sabtu, 16 April 2011

Ulasan Fitnah dan video seks

Berkata Ibnu 'Ataillah dalam Kitab Al-Hikam, berkaitan sikap terhadap takdir Allah:
"Siapa sangka bahawa perasaan belas kasihan boleh timbul secara tiba-tiba dengan takdir Allah, itu kerana pandangan manusia yang sangat terbatas"

Allah s.w.t berfirman :
"Sesungguhnya Tuhanku Maha lembut terhadap siapa sahaja yang dikehendaki" [Surah Yusuf : 100]

Maksudnya, dalam setiap ujian ada kurnia Allah.Disebalik setiap takdir ada kasih sayang dan kelembutan Allah.Seseorang akan dapat mengetahuinya jika Allah memberitahu perkara itu kepadanya, dan seseorang tidak akan mengetahuinya jika Allah tidak memberitahu perkara itu kepadanya. Kebanyakan orang tidak mengetahuinya hikmah disebalik sesuatu kejadian.Sebagaimana ujian hidup yang dialami oleh pemimpin pejuang Malaysia .Beliau dilontarkan dengan berbagai tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas lalu dimasukkan ke dalam jeriji besi.Mengkonfirmasi sesuatu tuduhan tidak relevan merupakan satu perbuatan yang sia-sia.

Adalah suatu sangkaan yang silap bahawa kemungkaran terhad pada zina, minum arak, berjudi, merogol. Perlu diketahui bahawa fitnah juga merupakan satu perbuatan yang khianat dan dibenci Allah s.w.t kerana mengatakan sesuatu tidak benar sekaligus boleh mencetuskan

Jumaat, 15 April 2011

Manfaat Vegetarian

Manfaat dari vegetarian memang terutama untuk kesehatan. Manfaat tersebut antara lain:

Berguna untuk kesehatan tubuh. Sebagaimana sudah diketahui, sayuran dan buah-buahan banyak mengandung serat sehingga membantu kesehatan saluran pencernaan dan membuat Anda lancar setiap harinya. Sayuran dan buah juga banyak mengandung antioksidan yang dapat mencegah kanker, penyakit jantung atau diabetes.

Meningkatkan kecantikan, membuat kulit awet muda dengan mengkomsumsi makanan alami. Sayuran dan buah-buahan dapat menjadikan tubuh terlihat lebih langsing.

Membantu mengurangi pemanasan global yang meresahkan penduduk bumi. Industri peternakan menjadi salah satu penyebab pemanasan global di bumi dan juga menyumbang polusi yang cukup banyak, khususnya polusi udara. Selain pemanasan dan polusi yang dihasilkan dalam industri, polusi juga dihasilkan dari proses pembuatan makanan bagi hewan.

TIP VEGETARIAN
Setelah melihat beberapa manfaat mahupun kesulitan yang dihadapi, Anda mungkin tertarik untuk menjadi seorang vegetarian juga. Vegetarian tidak bererti orang yang hanya makan sayur saja, tetapi vegetarian terbahagi atas beberapa tip. Setiap tip mempunyai aturan tersendiri. Tip vegetarian terbahagi beberapa keadaan :

Adakah Politik Itu Satu Kemungkaran?


Politik mengikut teorinya ialah suatu ilmu yang mempunyai kepentingan dan kedudukan yang tersendiri.Dari sudut praktikalnya, ia adalah satu kerja yang mempunyai kemuliaan dan faedahnya kerana ia berkaitan dengan pentadbiran urusan makhluk dalam bentuk yang sebaiknya.

Al-Imam Ibn Al-Qaiyim telah meriwayatkan daripada Al-Imam Abu Al-Wafa' Bin 'aqil Al-Hanbali bahawa:
"Politik ialah perbuatan yang menjadikan manusia yang bersamanya lebih dekat kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak"

Ibn Al-Qaiyim menyatakan :
"Sesungguhnya politik yang adil tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh syarak.Bahkan ia selari dengan apa yang dibawakannya.Ia merupakan satu juzuk daripadanya.Kami menamakannya sebagai politik kerana mengikut apa yang kamu istilahkan.Sesungguhnya ia sebenarnya adalah keadilan Allah dan Rasul-Nya"

Ulama' kita terdahulu telah menyebut kepentingan politik dan kelebihannya.Al-Imam Al-Ghazali telah berkata:
"Sesungguhnya dunia merupakan ladang bagi akhirat.Agama akan sempurna kecuali dengan dunia.Kerajaan dan agama adalah saudara kembar.Agama merupakan asas, pemerintahan  adalah pengawalnya.Perkara yang tiada asas akan runtuh dan perkara yang tidak mempunyai pengawal akan sia-sia"

Mereka telah mentakrifkan Imamah atau Khilafah sebagai:
"Pengganti umum daripada pemilik syarak iaitu Rasulullah s.a.w  dalam menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama"

Oleh itu, Khilafah adalah penjagaan dan pemerintahan.

Nabi s.a.w adalah seorang ahli politik disamping sebagai

Khamis, 14 April 2011

Khasiat Labu bagus untuk si rabun dan sebagainya

Labu Mesir ( penulis beli yang paling kecil,dan standard labu mesir dua atau tiga kali ganda )

Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.

Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada

PEMBELA membantah " Formula Idris Jala"

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
Kenyataan Media
3 April 2011
PEMBELA Membantah ”Formula Idris Jala”

"Datuk Seri Idris Jala"
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan bantahan kami terhadap kenyataan Senator Datuk Seri Idris Jala yang didakwa oleh beliau sebagai keputusan kerajaan dalam menangani isu Bible Melayu. Bantahan kami ini terhadap apa yang kami istilahkan sebagai ”Formula Idris Jala” ini adalah berasaskan alasan berikut:
1. Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira. Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?

Ahad, 3 April 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimin

Aku ingin berterus terang mengatakan, bahwa aku telah memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faidah yang sangat banyak dari dakwah Ikhwan. Dakwah ikhwan telah memperluas cakrawala pikiranku memahami islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam Kitab-Nya, seperti diserukan Rasul-Nya dan dipahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepemimpinan, mushaf dan pedang. " (DR. Yusuf Qaradhawi)

p/s : Walaupun belum dihadam kesemua helaian muka surat buku ini.Sudah banyak memberi impak yang berkesan pada pembaca dan saya juga sarankan sahabat memiliki buku ini supaya semangat perjuangan kita akan terus utuh demi meneruskan kesinambungan perjuangan.Mampukah kita setabah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi... Tadabbur......

Maher Zain- InsyaAllah MALAY - Video n Lirik




Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Bola Bowling ada Kalimah Allah

Adakah ini kebetulan atau disengajakan oleh pihak tertentu!!

Ini bukan isu kecil. Ini bukan isu main-mainan. Ini adalah isu serius, melibatkan persoalan maruah dan harga diri umat Islam.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails