Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 11 September 2011

Turki beku dagangan industri pertahanan dengan Israel

ANKARA, 6 Sept – Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan berkata Ankara menggantung “secara total” hubungan industri pertahanan dengan Israel selepas menurunkan taraf kerjasama diplomatik negara Yahudi itu minggu lalu.

“Hubungan perdagangan, hubungan pertahanan, berkaitan dengan hubungan industri pertahanan, digantung secara total. Proses-proses ini akan disusuli dengan pendekatan berlainan,” kata Tayyip kepada pemberita di sini.

Empat hari lalu, Ankara mengusir duta Israel dan diplomat-diplomat kanan negara itu selain menggantung perjanjian ketenteraan ekoran pendedahan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa rejim Yahudi telah menggunakan kekerasan tidak munasabah ke atas misi kemanusiaan ke Gaza pada Mei 2010, yang menyebabkan kematian sembilan warga Turki.

Ekoran keengganan Israel memenuhi tuntutan permohonan maaf, membayar pampasan bagi keluarga mangsa yang terbunuh dan menamatkan sekatan ke atas rakyat Palestin di Gaza, Turki mengumumkan ia menurunkan taraf hubungan dengan rejim Yahudi.

Dalam insiden tahun lalu, kapal milik Turki Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails