Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 11 Julai 2011

BERSIH 2.0 di Cairo dan Video BERSIH 2.0 di Mansoura

Gelombang kuning meledak seantero dunia, demi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kualiti demokrasi pimpinan kerajaan BN. Musim peperiksaan tidak menghalang  mahasiswa mahasiswi pengajian agama dan perubatan Mesir turun menyokong BERSIH 2.0.

Mereka berkumpul bermula pukul 4.00 petang dimulakan dengan majlis bacaan doa di kompleks asrama pelajar Haiyu Asyir Kaherah. Acara yang hanya dihadiri oleh mahasiwa/wi di Kaherah itu diakhiri dengan upacara menurunkan tanda tangan sebagai tanda sokongan padu terhadap tuntutan bersih.












Video di Mansurah(tempat pengajian penulis) pada 9 julai yang lepas.kira-kira 150 pelajar daripada pelbagai pengajian telah hadir di perkarangan stadium University of Mansoura.Gambar juga terpaksa di'blur'kan atas keselamatan peserta disebabkan tekanan yang kuat daripada pihak atasan dan wujudnya banyak SB-SB yang memantau pergerakan pelajar mansurah terutama pelajar PERUBATAN


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails