Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 25 Julai 2011

Anti Semitik

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan dunia. Ianya meletakkan semua pihak di seluruh dunia di dalam bahaya. Setiap individu di serata dunia adalah potensi untuk menjadi pesalah jenayah Anti-Semitik yang bukan hanya dikuat kuasakan oleh AS, malah juga PBB. Undang-undang ini membawa maksud:

Jika anda mengkritik keganasan dan kezaliman rejim Zionis Israel, maka anda adalah Anti-Semitik, dan anda bersalah!

Jika anda menyokong tindakan para pejuang Palestin menentang tentera Zionis yang mengganas, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengatakan rejim Zionis adalah pengganas dan penjajah bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk serangan tentera Zionis ke atas orang awam Palestin di Gaza, Jenin, Rafah, Nablus dan di mana-mana bumi Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengecam tembok pemisah di Tebing Barat, anda juga Anti-Semitik!


Jika anda menulis sesuatu yang mendedahkan kezaliman rejim Zionis, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda bersimpati terhadap anak-anak, wanita dan juga keseluruhan rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa, rumah, tanah dan Negara mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda menolak cadangan pelan damai anjuran Zionis yang lebih merupakan lakonan mereka untuk melaga-lagakan di antara rakyat Palestin, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mendedahkan kepalsuan dakwaan-dakwaan Zionis terhadap sejarah lampau mereka, anda adalah Anti-Semitik!

Jika anda mengutuk tindakan Zionis satu hari nanti merobohkan Masjid al-Aqsa, anda adalah Anti-Semitik!

Apa yang berlaku ini benar-benar perlu diberikan perhatian kepada setiap golongan yang mempunyai kesedaran tentang bahayanya projek Zionis kepada masyarakat dunia dan masyarakat Islam khususnya. Jika mereka bercita-cita untuk menghentikan kegilaan Zionis, mereka perlu terlebih dahulu melepasi pagar berduri yang bernama "Anti-Semitik" yang telah berjaya mencederakan banyak mangsanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails