Template by:
Free Blog Templates

Isnin, 21 Februari 2011

Kini reformasi di Magribi

video

Video dan maklumat terkini rusuhan.Kini Magribi pula cuba bangkit dalam menuntut keadilan.

RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.

Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.

Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.
Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.
"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.

Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.
Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956.

Sumber: Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails